| 50 |

13.5K 1.2K 86
                                    


550 likes : update

IRINGAN mempelai wanita masuk ke ballroom bersama si ibu. Nathalia tersenyum manis ke arah tetamu yang mula menala lensa kamera ke arahnya. Saat gemersik biola mula terdengar, Nathalia tersenyum indah.

Ianya dipersembahkan oleh Raya Maraya sendiri. Membuatkan semua tetamu menoleh ke arah tepi pentas.

Raja Maraya mengenakan gaun merah darah, rambut yang disanggul rapi dan mempunyai sedikit juntaian rambut di kiri wajahnya. Ada Zalfa, rakan sekolahnya, setia menjadi chord page turner.

Tak sia - sia Nathalia dan Raja Hadi berkeras mahukan Raja Maraya yang memainkan biola di hari persandingan mereka.

Farel yang segak mengenakan tuxedo hitam itu sibuk merekam momen tersebut. Bukan momen pengantin malah momen si kekasihnya membuat persembahan buat pertama kali di hadapan khalayak ramai.

Terbongkok - bongkok badannya mencari angle yang cantik.

Buk!

Badannya berlanggar dengan Raja Laila yang sedang mengambil gambar Nathalia yang sudah selamat sampai ke pelamin.

"Ish, tepilah. Kau buta ke aku tengah rakam princess aku ni?!"

Raja Laila yang memegang kameranya itu berdecit.

"Kau yang buta kata aku pula buta. Tertonggeng - tonggeng. Cari port lainlah nak ambil gambar. Aku siku muka kau nanti!"

"Shh! Diam! Majlis orang ni!" Eshal memukul belakang Farel yang sedang bercekak pinggang memandang Raja Laila.

"Kau pukul aku—"

"Kau nak buat apa dengan bini aku?" Raja Ummar menyergah Farel yang mula memandang Eshal dengan pandangan tidak berpuas hati.

Bahu si isteri dirangkul sambil menatap Farel dengan jongketan kening garang.

"Nasib baik Eshal ada. Kalau tak aku tarik telinga babi kau tu" jeling Farel sambil membetulkan tali lehernya. Raja Laila dijelingnya sedikit. Tak jadi marah Eshal yang sudah tersengih mengejek.

"Pig bun lah bukan telinga babi. Babi tu kau!" Balas Raja Laila geram. Cantik - cantik dia berdandan, dibabikan nya kita?

Farel menjuih bibir. Matanya mula melilau ke arah tepi pentas dimana kekasihnya berada. Ketika mata Raja Maraya yang berada di tepi platform aisle turut memandangnya, segera Farel menolak tubuh Raja Laila agar menepi.

"Berambus dari laluan aku! Princess aku cari aku!"

Melongo si Laila, begitu juga Eshal yang menjadi saksi.

"Hantu galah dah lama tak kena penampar aku gamaknya. Pegang aku, Eshal. Sebelum aku hayun tangan ke muka dia!" Raja Laila sudah menyinsing lengan bajunya, mengacah mahu menumbuk Farel dari arah belakang.

Tetapi tiada sesiapa pun yang endahkan Raja Laila. Termasuk Raja Ummar yang sudah memandang adiknya dengan pandangan menjengkelkan.

"Macam budak tiga suku" kutuknya perlahan.

"Rel? You watched me?" Soal Raja Maraya dengan sengihan.

"Of course I did. You mesmerised me, baby. As always" pujinya dengan senyuman lebar. Seketika, Zalfa yang melopong mulutnya itu dijeling. Mati senyumannya.

"Apa?" Sergah Farel garang. Menganga pula dia.

"Apa?" Soal Zalfa semula. Baru kembali ke realiti dunia. Kaget dengan senyuman Farel yang tidak pernah - pernah dia lihat. Biasanya lelaki ini kekal dengan wajah ais dan tidak berperisa.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now