| 55 |

13K 1K 107
                                    



FAREL memandang butik yang sederhana besar milik Zalfa Athira. Butik dua tingkat ini kelihatan begitu elegan dengan kemasan jubin berkilau dan chandelier. Persis istana.

'Berjaya juga budak sengal ni.'

Farel mencebik bagi menahan senyuman terlorek. Getus hatinya ada masa pula nak berseloroh. Sudah semestinya Zalfa berjaya! Waniat bertudung itu mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai cita - citanya sebagai pereka fesyen dan membuka bisnes.

"Rel?"

Kepala Raja Maraya terjengul daripada pintu bilik persalinan. Farel menarik senyum serta merta.

"Yes, princess?" Soal Farel.

"I rasa kan. Berat badan I naiklah. Sendat" Raja Maraya mencebik. Seakan mahu menangis.

Segera Farel mengetap bibir. Menyorokkan senyumannya. Risau jika Raja Maraya terasa hati.

"Sendat sangat ke? Cuba keluar aku nak tengok" pinta Farel. Tubuhnya mula berdiri mahu mendekati Raja Maraya.

"Tak boleh zip" meleret suara itu. Manja. Farel gigit bibir sendiri menahan rasa.

"Nikah lagi dua minggu tahu. Jangan sampai aku heret kau pergi rumah tok kadi malam ni, Mar" Farel memberi amaran.

"Tergoda eh?" Jari Raja Maarya naik menguis dada Farel tetapi segera lelaki itu menepis lembut.

"Jangan main - main. Nak aku tolong zip kan tak?" Segera Farel mengubah topik. Raja Maraya cuma tertawa kecil lalu tubuhnya dipusingkan. Lagi separuh zip tidak tertutup.

Farel tarik zip sehingga keatas. Benar kata Raja Maraya. Ianya agak sendat.

"See? Macam barut nangka" Raja Maraya menjuih.

"Tak adalah. Kau tak gemuk. Baju ni je yang kecil. Salah ukur kot masa fitting" Farel menyangkal. Tubuh Raja Maraya dipusingkan sekali imbas, mahu melihat keseluruhan hasil. Biarpun baju itu baru 70 peratus siap, tetapi sudah kelihatan cantik di mata Farel.

"Ketat sikit je kan? Ah, boleh fix" Farel meyakinkan Raja Maraya yang tampak mengecilkan mata.

"Fix apa? Baju?"

"Tak lah. Fix otak kau" Farel menjeling malas.

"Manalah tahu you suruh I fix badan I bagi kurus sikit" seloroh Raja Maraya.

"Ada aku cakap macam tu? Takde kan? Badan kau tak salah. Baju ni je salah." Farel mencerlung mata. Ada saja yang Raja Maraya mahu bangkitkan.

"Garangnya boyfriend kita. Breakfast tadi makan cili ke, sayang?"

Farel mengerutkan mukanya, sekali lagi dia menahan senyum. Terpejam celik matanya menahan rasa didada. Telinganya sudah memerah itu diusap perlahan.

'Fuh jadi setan pula ya kau Mar!'

"Sayang sounds lovely. Tapi aku prefer abang" selamba Farel mencuit hidung Raja Maraya yang sudah membuntang mata.

"You want me to call you abang? Nak ke?" Soal Raja Maraya polos.

"Right after our akad nikah, yes. For now, call me whatever you want" Farel menjongket kening.

"Oh okay, babi"

Melongo Farel dibuatnya.

"Princess! Apa ni?" Farel menepuk bibir Raja Maraya perlahan.

"Tadi kata whatever I want? Sekarang ajelah masanya untuk I carut you. Lepas kahwin kalau I carut you jatuh derhaka nanti"

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now