| 35 |

12.2K 923 64
                                    



        PANAHAN helang Raja Ummar disorot tepat pada wajah Vince yang sedang menikus. Jadinya diketuk perlahan pada lengan kerusinya. Selesa bersandar sambil menunggu jawapan tulus keluar dari bibir anak buahnya itu.

"Siapa yang bagi kau makan. Aku atau Mar?" Soal Raja Ummar lagi. Sabarnya menipis saat Vince masih membungkam kata. Masih mahu menutup ulah yang dicipta Raja Maraya.

"S..saya bukan tak mahu cakap. T..tapi.. saya dah janji dengan Raja Mar." Akhirnya, suara Vince terdengar. Biarpun tersekat - sekat hampir tak jelas bunyinya, Raja Ummar berpuas hati dengan satu pengakuan besar itu.

"Go on. Kau bukan sertai kelab persatuan di sekolah. Ini, Black Angels. Betraying each others is our norms. Macam kau dan Mar buat pada aku selama dua tahun ni." Redas Raja Ummar dengan senyuman sinis.

"S..saya minta maaf, bos. Saya.. tak ada niat nak—"

"Tak ada niat tapi dua tahun kau tipu aku hidup - hidup, sial!" keras tona suara itu, mampu membuat rasa geriap menyerbu sehingga ke tulang. Mata Vince terpejam erat saat satu hentakkan muncul dari telapak tangan Raja Ummar yang menepuk kuat lengan kerusinya.

Ghazi mendekati meja milik Raja Ummar dengan berhati - hati. Sebuah iPad diletakkan di hadapan majikannya itu. Ianya gambar - gambar yang baru sahaja dia terima daripada Darren.

"Kali ni confirmed. Cik Angel memang ada dengan Raja Mar, bos. Kami dapat tahu dari rakaman litar tertutup di kawasan perumahan tu. Valerina assassin milik Rosalind menyelinap masuk ke dalam salah satu rumah disitu. Dan itu rumah yang cik Angel duduk selama dua tahun ni"

Satu file berwarna kelabu diserahkan pula kepada Raja Ummar yang tampak menahan geram. Ghazi mengerling sedikit ke arah Vince yang sudah membiru pipinya. Terbesit rasa kasihan, tetapi inilah padah jika membelot pada Raja Ummar.

"Valerina? Menyelinap masuk di rumah Angel duduk?" Raja Ummar mengepal tangannya kuat. Hembus nafasnya terdengar kasar sebelum kotak rokoknya dicapai. Dibakar sebatang bagi menghalau rasa yang mencengkam didada.

"Y..ya bos. But Raja Mar handled her pretty well. She killed Valerina. Ingat tak ketika Vince meminta cuti untuk ke Seremban? Itu ialah hari dimana Raja Mar dah membunuh Valerina. Raja Mar minta Vince untuk uruskan mayat dan pembersihan rumah yang cik Angel duduk"

Sekali lagi, wajah Vince menunduk saat Raja Ummar memandangnya bagai nak tembus.

"Ini bukti resit tempahan deep clean house pada hari keesokkan setelah kematian Valerina. Semuanya atas nama Raja Maraya. Gamaknya, mereka membersihkan cela darah dan bukti - bukti di rumah tersebut" terang Ghazi lagi.

"Mana Raja Maraya?" Soal Raja Ummar dengan suara yang tertahan. Kotak rokok digenggaman sudah mula kemik dek digenggam terlalu kuat.

"Di kem tentera, bos. Pick up Dragon."

Raja Ummar memgangguk sekali.

"Stick with our plan. Malam ni, aku nak  Angel ada di sini semula. By hook or by crook, she must be here before 9 pm"

Ghazi menunduk sekali tanda akur. Sebelum sempat Ghazi meminta diri, tangan Raja Ummar naik ke udara separa tinggi.

"Sebelum kau bawa Angel ke sini, bawa Mar jumpa aku dulu"

Ghazi mengerutkan dahinya. Peratus mahu membawa Mar berjumpa Raja Ummar hampir mustahil. Bagaimana mahu kendali wanita itu?

"Dragon?"

"Only Raja Maraya. Masih tak faham?" Selar Raja Ummar dengan tatapan maha tajam. Melihat itu, Ghazi menunduk. Mengertilah dia kini bahawa Raja Ummar benar - benar mahu Raja Maraya sahaja disini.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now