| 46 |

12.6K 955 107
                                    



WARNING ‼️ VERY 18+ SCENE HERE. Read on your own risk. Kepandaian pembaca amat diharapkan. Jangan jadi macam alif. Sekian terima kasih.


BELAKANG tubuh Raja Maraya dipandang lama. Pipinya ditompang menggunakan tangan sendiri. Ralit memerhati perempuan itu ke hulu dan ke hilir, sedang membancuh kopi.

"Macam mana keadaan dekat sana? Okay?" Soal Raja Maraya saat punggungnya berlabuh di kerusi meja makan.

Dengar cerita, rumah Raja Ummar dan Eshal dicerobohi oleh Tengku Haziq ketika mereka semua berada di kelab malam. Risau tak terkata. Tetapi, Raja Maraya dilarang untuk mengikut. Tengku Harith harus dibawa ke markas dahulu untuk dikurung di bilik seksaan.

"Kinda mess. Tapi alhamdulillah. Eshal okay. Malam ni ada Vince dan Ghazi yang berjaga di penthouse Ummar. Jadi, kau janganlah risau"

Raja Maraya mengangguk. Seketika, matanya tertumpu pada buku lima Farel yang mempunyai lebam dan luka. Pasti, kerana merempuh musuh sebentar tadi.

Raja Maraya mencapai tangan Farel. Diusap lembut kekura tangan itu. Wajah dingin Farel dipandang dengan seyuman. Tahu, Farel sedang marah biarpun amarahnya tidak ditunjukkan sepenuhnya.

"Kenapa tak pakai glove atau boxing wrapping? Habis tangan cantik you" Raja Maraya mencapai ais yang sudah tersedia di atas meja. Mahu dituam pada tangan Farel.

"Tangan cantik? Tangan kasar macam ni pun kau kata cantik?" Farel mengerutkan dahi. Bagai tidak percaya dengan pujian Raja Maraya tadi. Atau sengaja mahu mengambil hati?

"For us ladies, lelaki yang ada tangan macam you ni cantik. Jari you pun panjang, veiny dan runcing. I pula insecure"

Raja Maraya menelek sekali tangannya yang jauh lebih kecil berbanding Farel. Tangannya tidak berurat seperti Farel, tetapi bentuk runcingnya ada.

Tidak lama, tangannya dilekapkan dengan telapak tangan Farel. Membuatkan mereka berdua menarik senyuman.

"Your hands are the most beautiful hands in the world, princess. Aku cemburu bila tangan cantik kau sentuh lelaki lelaki lain selain aku"

Kejap, tangan Raja Maraya tenggelam dalam genggaman penuh Farel. Begitu juga tautan mata. Jika bukan kerana sudah terbiasa dengan tatapan dingin ini, mungkin Raja Maraya sudah melemas.

"Dengan budak muka seposen tu tak layak pun untuk you cemburu. He's not your match"

Farel senyum simpul. Malu. Suka. Semuanya ada. Tetapi segera dikawal semula riak wajahnya, membiarkan Raja Maraya meletakkan ubat di memar tangan.

"Princess, jangan pakai macam ni lagi" suara Farel kedengaran tegas, tetapi ia bukanlah arahan. Lebih kepada teguran tegas.

"Kenapa? Tak cantik ke?" Dipandang tubuhnya beberapa kali sebelum Farel menggeleng.

Padanan gaun hitam senteng inilah penyebab muncungan mulut Farel. Terdedah dan terbuka.

"Sebab cantik sangatlah aku larang kau pakai."

Jaket kulit ditubuh Raja Maraya dizip sehingga keatas.

"I tak janji. Tapi I cuba" jawab Raja Maraya Mata kuyu milik wanita itu menjadi tumpuan Farel. Perlahan, jarinya naik mengusap mata itu sehingga tertutup.

"Dah mengantuk?" Soal Farel lembut.

"Hm" jari Raja Maraya naik menggenyeh mata. Untung, wajahnya sudah bersih tanpa solekan. Tinggal mahu menukar baju sahaja.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now