| 6 |

13.7K 891 65
                                    



MASING - masing menundukkan wajah. Tidak berani mengangkat kepala. Tatapan maha tajam daripada Raja Ummar, Raja Hadi dan Farel Ziyan begitu menyesakkan dada mereka berdua.

"Okay, thank you Fareed. Thank you so much. Aku minta maaf atas apa yang terjadi di kelab kau. Any favor, please let me know. Okay, gotta go"

Raja Luqman mengeluh berat sebelum matanya memandang Raja Maraya dan Eshal yang duduk di sofa.

"Nasib baik kelab Fareed. Kalau kelab orang lain, naya tahu tak?" Raja Luqman berkata tegas. Tangannya menongkat di lengan kerusi di sebelah Eshal. Memandang tepat ke arah dua wanita yang semakin menunduk kepalanya.

"Apa kejadah berjimba dekat kelab malam? Nak sangat? Aku boleh beli speaker sebesar kereta kebal untuk kau orang. Tapi bila aku dah beli kalau kau orang tak terkinja - kinja macam dalam kelab tadi memang aku humban sekor - sekor dari tingkat 10!" kalau tak sinis menyindir bukan Raja Ummar namanya.

"Girl's night konon. Kalau lambat sedikit tadi, mahu dua dua kena tapau dengan Haziq." Tambah Raja Hadi pula.

"Dah tu, tak akan nak berjimba dekat balai raya—"

Pak

Belakang kepala Raja Maraya ditampar oleh Raja Hadi.

"Sakitlah bodoh!"

"Menjawab!"

Pak

Satu lagi tamparan diberi. Membuatkan Raja Maraya ternganga tidak percaya.

"Sekali cukuplah! Ni sampai dua kali! Ah lemak kau!" Bentak Raja Maraya geram. Nasib baik kau abang. Kalau tidak, kau makan kaki aku malam ni!

"Bahaya kau bawa Eshal tanpa khabar macam ni. Jadi apa apa, susah. Kau tak boleh handle sendiri. Nasib baik kami sampai awal tadi" tegas Raja Luqman.

"S..sorry abang Luq. Salah Eshal juga. Jangan marah kak Mar je. Eshal tak kena paksa ikut. Eshal berkehendak sendiri" Eshal mengakui, dia juga teruja dengan rancangan gila Raja Maraya sejak minggu lepas. Tak patut jika Mar dipersalahkan seorang.

"Memang patut kau orang minta maaf. Degil" tambah Raja Ummar dengan jelingan tajam. Ehsal cuma menunduk. Tak mampu bertentang mata dengan Raja Ummar.

"Sekali lagi jadi macam ni, aku tak cakap banyak. Aku ikat kaki tangan kau orang"

Eshal memejamkan mata saat Raja Ummar berlalu di hadapannya. Terasa angin yang berkibas dek lajunya langkah Raja Ummar sahaja sudah membuat urat perutnya bersimpul. Ah, garang betul Raja Ummar. Tak seperti Raja Luqman. Setelah sosok Raja Ummar keluar dari bilik kebal, Raja Luqman mengeluh.

"Janji dengan abang. Jangan buat lagi" tika ini, Raja Luqman bercangkung di sebelah Eshal. Silih berganti wajah dua wanita ini dipandang dengan tatapan lembut.

"Janji" serentak Raja Maraya dan Eshal menjawab.

"Kot" perlahan Raja Maraya menambah dibelakang.

"Aku dengar ya sial" Farel bersuara. Membuatkan semuavirang berpaling ke arah Farel.

"Kau sial kan adik aku?" Raja Hadi mula bercekak pinggang. Wah, lesen apa si Farel ada sampai boleh sial - sialkan Raja Maraya?

"Tak berkudis pun kalau kena sekali" matanya diguling malas.

"Memang tak berkudis. Tapi hati pun boleh membengkak dengan tajam lidah. I thought you've learn from mistake?" Sinis Raja Hadi menyelar. Kau fikir urusan kita sudah selesai, Farel?

"Sudah." Raja Maraya menarik lengan Raja Hadi. Panas si abang ini memang agak berbeza dengan yang lain. Tangan kakinya lebih pantas berbanding otak yang berfikir.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now