| 52 |

12.7K 1.1K 126
                                    




"MAR, dengar sini. Please stay with me. Kau kata kau sayang aku, kan?" Farel menepuk pipi Raja Maraya yang sudah terpejam matanya.

Ditekan bahagian belakang pinggang ramping itu menggunakan kain yang ada di dalam kereta tadi untuk menghentikan pendarahan.

"Rel.. s..sakit" adunya. Perih yang terasa di belakang pinggang makin menyengat ketika Farel menekannya.

"Yes, princess. I know, I know. Now, pandang aku. Jangan pandang tempat lain" arah Farel dengan suara gementar.

Iris mereka bertembung.

"Handsome" gumam Raja Maraya dengan senyuman lemah.

Bibir Farel bergetar menahan tangis. Sengaja dia menyungkap nafas sendiri, tak mahu lemas dalam rasa yang kian pahit.

"Princess jangan buat aku macam ni. Tolong bertahan"

Diayun perlahan tubuh Raja Maraya yang berada dalam pangkuannya. Peluh yang merenek didahi kekasihnya itu diseka bersama air mata.

Saat kereta yang dipandu Raja Hadi mula berhenti tepat di hadapan lobi, segera pintu kereta dibuka.

Tubuh longlai Raja Maraya dicempung Farel tanpa itu dan ini. Ruang kecemasan dituju. Untung, sosok Nathalia yang sedang bertugas kelihatan ada disitu.

"Mar?!" Teekejut bukan kepalang Nathalia saat melihat Farel sedang mencempung Raja Maraya yang hampir tidak sedarkan diri.

"Get ready. Kosong OR serta merta. Priorities. Her." Sebutannya sebutir - sebutir agar arahannya terdengar jelas dan tegas.

"B..baik. Letak dia atas katil dulu." Nathalia menolong Farel membaringkan Raja Maraya diatas katil.

Tepat ketika itu, darah pekat mula keluar dari mulut. Bersembur membasahi bajunya.

"Shit"

Tubuh Taja Maraya ditolak agar terbaring di posisi mengiring. Belakang baju itu diguntung tanpa segan silu. Tiada masa mahu fikirkan soal malu!

"Damn, almost hit the lodorsis."

Nathalia segera mencapai telefon di dalam poketnya. Dibiarkan Farel menguruskan proses hentikan pendarahan bersama beberapa jururawat yang lain.

"Hello? Yes, we've got an emergency case. A 30s woman, and we need a back up for emergency operation. ASAP" tegas Nathalia di telefon.

Ekor mata Nathalia menangkap sosok Farel yang mula menanggalkan pakaiannya yang dipenuhi darah. Mahu menyalin ke pakaian medical scrub suit.

"Farel, no" Nathalia menggelengkan kepalanya. Tetapi, arahannya sia - sia. Farel bagaikan tuli telinga. Wajah Farel beriak tegang, jaket kulit tadi diletakkan berhampiran hujung kepala Raja Maraya.

Mana boleh! Farel di dalam kondisi yang tidak baik. Jangan harap dia boleh menguruskan operasi ke atas Raja Maraya. Raja Hadi yang kaku berdiri itu didapatinya.

"Abang.. tolong pujuk Farel. Biar Nat yang lakukan pembedahan kali ni. Bahaya kalau dibiarkan kepada Farel. He's not in good shape" lengan suaminya dipegang kejap.

"Farel.."

Bagaikan hilang kudratnya mahu berkata saat Farel berlutut di tepi katil yang menempati Raja Maraya. Lelaki itu menangis!

Bukan Raja Hadi dan Nathalia sahaja yang lihat. Malah semua orang yang ada di ruang kecemasan. Farel berulang kali mengesat wajahnya, tetapi ia masih diganti dengan air mata yang baharu.

Tangan Raja Maraya naik mengelus rambut Farel. Keadaannya semakin melemah, memandangkan Farel baru sahaja memberi ubat tahan sakit untuk sementara waktu.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now