| 60 |

17K 1.2K 366
                                    



        MALAM itu, Farel Ziyan dan Raja Maraya pulang ke rumah. Pintu utama dibuka, tetapi kosongnya rumah itu tanpa sosok Felis Maria membuatkan kedua - dua oleh mereka diserbu rasa sebak.

Mereka baru sahaja menyelesaikan segala urusan nikah antara Felis dan Raja Luth siang tadi. Hanya tinggal majlis resepsi untuk malam besok sahaja.

"Tak pernah rumah rasa sekosong ni" gumam Raja Maraya perlahan. Namun, kakinya melangkah masuk jua. Meninggalkan Farel yang tampak mendung wajahnya. Masih statik berdiri di hadapan pintu.

"Apa princess abang buat sekarang ni?" Lirih Farel, senyuman tawar diberi kepada Raja Maraya yang baru sahaja membuka selendangnya.

"Ada dengan Luth lah. Mereka berdua aje dekat rumah Luth tadi, kan? Biarlah mereka berdua. Baru jadi suami isteri, banyak perkara mereka kena hadam. Tak usah kacau mereka ya?"

Tangan Farel ditarik mendekati, langsung pintu rumah yang besar itu dicapai untuk ditutup.

"PAPA! MAMA! JANGAN TUTUP PINTU LAGI! LIS NAK MASUK!"

Suara tempikan itu mengundang kejutan kepada diri mereka. Tak jadi mahu menutup pintu, Farel dan Raja Maraya dibuat kaget dengan sosok Felis Maria yang memanjat tembok rumah mereka.

Lebih parah, anak mereka itu masih mengenakan baju nikah siang tadi. Cuma tudungnya sahaja sudah hilang entah kemana.

"PRINCESS?!" Serentak mereka memanggil Felis.

"Mama.. papa.. tolong Lis.. Lis taknak kahwin!"

Saat itu, raungan milik Felis Maria memenuhi kawasan laman rumah. Lekas Farel berlari menghampiri anaknya yang masih meniarap di atas tembok yang tidak terlalu tinggi. Felis sudah teresak - esak disitu.

"Princess, kenapa ni? Ada bagitahu suami tak yang Lis datang sini?" Soal Farel cemas. Ditarik tubuh anaknya agar turun, memasuki pelukannya.

"Abang Luth.." adunya dengan esakkan yang masih belum mereda. Mendengar itu sahaja, rahang Farel mengeras. Kerutan di wajah Raja Maraya turut jelas kelihatan. Apa yang Raja Luth sudah lakukan?

"Apa Luth dah buat pada Lis? Cakap dengan papa" tegas Farel. Belakang anaknya itu diusap lembut.

"Abang.. abang Luth.. d..dia.."

"Dia apa?!" Farel menyoal dengan sedikit keras kerana kegeraman.

"DIA NAK ROGOL LIS! DIA NAK CIUM LIS! MANA BOLEH!" Suara pekikan Felis juga tak kurang lantang.

Serta merta wajah bengis Farel tadi mengendur. Bertukar kosong raut. Bertuah punya budak!

Langsung pipi Felis yang berada dalam dukungannya itu dicekah separa kuat menggunakan sebelah tangan.

"Kau balik rumah laki kau sekarang" sebaris ayat itu mampu membuat Felis kembali menangis. Dia memeluk erat leher Farel yang sudah pasrah sambil menggendongnya bagaikan anak kecil.

Tidak lama, kelihatan kereta milik Raja Luth berhenti di hadapan pintu pagar. Dengan berbaju melayu yang sudah tidak kemas, Raja Luth keluar dari perut keretanya.

"Cherié?!" Raja Luth terlihat kaget. Namun, hatinya sedikit lega apabila sudah menemui isterinya yang tiba - tiba sahaja melarikan diri tadi.

"L..Lis taknak! Papa, Lis taknak!" Sekali lagi Felis memeluk leher papanya. Lebih - lebih lagi ketika Raja Luth sudah menghampiri mereka.

"Apa benda kau orang ni? Papa dengan mama baru je sampai tak sampai lima minit, dah ada kes lari dari rumah" Farel memulakan sesi menceramahnya.

"S..sorry papa. Tadi Luth cuma nak usik Lis. Tak sangka pula sampai kesini Lis lari" Raja Luth menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Aduh, rasa malunya mula menebal.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now