| 7 |

13.1K 895 57
                                    



PAGI pagi lagi, Eshal melihat Raja Maraya keluar dari rumah. Entah kemana dia pergi, Eshal tidak tahu. Barang kali sudah ke pejabat. Walaupun tidak biasa wanita itu keluar awal pagi tanpa bersarapan, Eshal tidak terlalu mengambil pusing.

Roti bakarnya sudah siap. Diambil jem strawberi yang berada di atas kabinet. Disapu secukupnya di atas roti tersebut. Ngap! Fuh, nikmatnya. Eshal sudah tersenyum gembira. Dicapai pula telefon pintarnya. Hari ini merupakan hari pertama kuliah Eshal sebagai pelajar Sarjana Muda di sebuah institusi awam.

Kelas tidaklah terlalu awal. Lebih kurang tiga jam daripada sekarang. Mungkin, semangatnya berkobar - kobar, Eshal bersiap awal. Hari ini, dia tidak sendirian melainkan Raja Ummar dan Jibrael akan menemaninya. Macam mak bapak iring anak ke sekolah!

Gila ke Tengku Haziq tu sampai ke kawasan awam pun nak menculik dia? Apa yang dia ada? Emas? Eshal tidak pasti. Nekad benar lelaki itu mahukan dia.

Ding

Loceng rumah dibunyikan. Aih, kak Mar ke? Lagi pula, Raja Maraya tak pernah bunyikan loceng. Ini rumahnya. Masuk sahajalah.

Ding

Sekali lagi loceng dibunyikan. Ah, mustahak benar gamaknya. Eshal mendekati pintu, lalu pintu dikuak sedikit. Mengintai siapa yang berada di luar.

"F..Farel.. kan?" Soal Eshal terbata - bata. Wajah dingin lelaki ini masih dia ingat. Iya lah, baru semalam mereka dicekup kerana bersuka ria di kelab malam oleh lelaki ini. Kata kak Mar, Farel lah dalangnya.

"Hm, Mar ada?" Jawab Farel, langsung kepalanya menghendap melihat dalam rumah.

"Kak Mar tak ada. Dah keluar lepas Subuh tadi" jawab Eshal, jujur.

"APA?!"

Terkedu Eshal ketika suara Farel naik seoktaf. Mata lelaki ini sudah melotot besar. Apa? Pelik ke jika kak Mar dah keluar?

"Dia kemana?!"

"Pejabat.. kot?"

"Kot apa kot? Kau satu rumah dengan dia tapi tak tahu dia kemana?" Marah Farel. Slow witted gila perempuan ni.

"Yang kau nak marah - marah aku ni kenapa?! Kau pula yang bengap tak reti call kak Mar sebelum datang sini apahal? Benak?" Eshal menguak pintu luas, sebelah tangan dicekak dipinggang. Berani menatap wajah Farel yang sudah terpempan.

"Kau panggil aku apa?" Baru sahaja dia mengutuk Eshal slow witted. Sekali, dia yang dikutuk. Benar benar di hadapan muka tanpa selindung.

"Benak! Bengap!" Balas Eshal bertubi tubi.

"Kau kenapa pagi - pagi buta mencarut aku?! Mana Mar?!"

"Mana lah tahu! Call dia sendiri!"

Bam!

Pintu ditutup kuat. Betul - betul dihadapan wajah Farel.

Ya Tuhan, Farel memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Tidak peliklah dua wanita ini boleh sampai ke kelab malam diam - diam. Macam mana lah Raja Luqman dan Raja Ummar handle mereka berdua?



RAJA Maraya tersenyum tipis ke arah Puan Asiah yang sedang menyusun segala pinggan mangkuk di rak. Pelik, apa yang anak daranya buat disini? Jarang sekali nak bersarapan di rumah. Selepas subuh elok saja wajah manis ini tersembul di muka pintu.

"Naik lah dulu. Nanti bibik Jah siap buat sarapan mama panggil adik" arah Puan Asiah sambil mengusap kepala Raja Maraya yang asyik menghidu sambal nasi lemak yang masih berada di atas dapur gas.

"Adik boleh tolong ibu dekat dapur. Buat apa di atas? Adik tertidur nanti susah nak ke pejabat. Luqman marah nanti hehe"

Puan Asiah akur, faham benar dengan kebiasaan si bongsu yang satu ini. Tak tidur pasti makan. Tak makan pasti tidur. Itu lah kerja Raja Maraya.

[C] Stella : The Glory of Black MariaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora