| 30 |

12.3K 927 133
                                    



        RAJA Luqman dan Raja Hadi memandang Farel dan Dani yang masih bertentang mata hebat. Seorang dah berdarah hidung. Seorang dah lebam tulang pipi.

"Dalam banyak - banyak tempat kenapa depan office aku?" Soal Raja Luqman tegas.

Terkejut bukan main saat pengawal keselamatan melaporkan tentang kejadian bertumbuk di parking lot pejabatnya petang tadi. Difikirkan ada musuh yang menyerang. Rupanya, dua manusia yang bodoh dan dibutakan oleh sosok wanita.

"Tanya dia! Siapa suruh dia datang jumpa Mar aku? Ada aku suruh?" Kepala Dani ditunjal kasar oleh Farel.

"Ni dah lebih! Aku balas sekali aje kan!" Dani mencuba membalas perbuatan Farel tetapi segera ditepis oleh lelaki itu. Hal itu membuatkan mereka berdua kembali bergelut.

"Si sial ni!"

"Kau lah yang sial, sial!"

PAK!

PAK!

BUK!

PAP!

"MUKA SKEMA!" Satu tamparan separa kuat mengenai wajah Dani.

"DAHI BERPARUT!" Dilanjutkan lagi pergaduhan itu apabila Dani bertindak menampar belakang kepala Farel dengan kuat. Farel menjerut leher Dani menggunakan lengannya.

"Berhenti sekarang musibat - musibat sekalian. Jangan sampai aku tak izinkan adik aku berkawan dengan kau orang berdua. Apa apa pun tak dapat" tegas Raja Hadi. Belakang kolar baju Dani ditarik menggunakan sebelah tangan apabila Dani berusaha mahu mencekik Farel.

"Kau bawa dia jauh - jauh daripada aku, Hadi. Jangan sampai ada orang makan kasut aku harini!" Bahu Dani ditolak kasar sebelum Farel mengacak rambutnya sedikit.

"Apa nak jadi dengan kau orang ni? Mar tu ada satu je. Nak satu lagi Mar minta dengan mama aku"

"Tak lawak lah sial" Farel menjeling Raja Hadi yang masih berusaha menahan tawanya. Situasi tengah tegang ni. Macam mana dia boleh buat lawak tak sampai macam tu?

"Teruskan dengan perangai budak - budak kau orang ni. Mar kahwin dengan Ummar baru tahu" niat hanya mahu bergurau, tetapi kini Raja Luqman ditikam tatapan maha tajam milik Farel dan Dani.

"Ummar pun nak masuk line? Nak mampus ke kala jengking bodoh tu?" Farel berdiri sambil bercekak pinggang.

'Mar kenapa kau kena cantik snagat? Sampai sepupu kau sendiri pun nak masuk line? Susah lah aku macam ni.'

"Let see if you dare to touch me, Lieutenant." Suara Raja Ummar terdengar di muka pintu. Terkedu tak terkata. Sejak bila Raja Ummar sampai? Lelaki itu bersama Eshal. Gayanya baru pulang dari kuliah. Gadis itu terkebil - kebil memandang semua orang yang ada di dalam ruangan itu.

"Eshal baru balik? Dari kampus?" Soal Raja Luqman sambil memandang jam ditangannya. Ah, dah mahu Maghrib. Mungkin baru balik.

"Ya, baru balik dari kelas. Tadi Ummar kebetulan ada berdekatan kampus so dia jemput Eshal terus. Ni, kenapa bising - bising? Sampai ke luar boleh dengar" soal Eshal pula.

"Beruk - beruk berebut bunga macam ni lah Eshal" jawab Raja Hadi bersahaja.

"Oh, patutlah. Kena kena kena" laju Eshal menjawab dengan sengihan jahat. Senyuman sinis untuk Farel yang sudah berasap telinga.

"Kau—"

"Kau apa?" Pintas Raja Ummar dengan wajah dingin.

"Shit" gumam Farel tidah berpuas hati. Tak guna bergaduh dengan Eshal Alaya apabila ada Raja Ummar disini. Dia kembali duduk ditempatnya. Sekilas, wajah Dani Imran yang mencuka dipandang.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now