| 8 |

13.5K 924 62
                                    



"BAPAKU pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta"

Entah syair apa yang dilantunkan oleh Raja Hadi. Yang pasti, suaranya bergema dari tingkat atas. Menjadi tumpuan semua orang. Raja Maraya sudah menekup wajah dengan tangan. Menyambung makannya yang terbantut. Malu!

"Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah"

Dush

Tiba sahaja Raja Hadi sudah berada di sebelah Raja Maraya, satu libasan tuala diberi di kepala adiknya itu. Lalu, rambut bergerai itu ditarik dengan sengaja.

"Sakitlah!" Bentak Raja Maraya.

"Pon pon pon
pon pon pon
Pon pon pon"

"Kereta khechill khuu berbunyi!
Marilah adik mari naik
Akan ku bawa jumpa nenek"

Satu ciuman melekap bertubi - tubi di pipi Raja Maraya, membuatkan Raja Maraya lemas dalam pelukan Raja Hadi.

"ABANG KAU TAK MANDI LAGI KE?! BUSUK!" Raja Maraya menolak perut Raja Hadi, menegah Raja Hadi daripada terus mencium pipinya. Entah gosok gigi ke belum!

"Hadi, behave" Raja Murad menegah.

"Ohek, hehe.. WOII!" Dek terkejut melihat sosok Farel yang duduk di hadapan Raja Maraya, Raja Hadi menyorok di belakang kerusi adiknya.

Farel sudah berkerut dahi. Gila ke tiba - tiba menyorok?

"Eh, asal aku yang menyorok?" Raja Hadi menegakkan tubuh kembali. Berdehem sekali.

PAK!

"Adoi! Kau apahal?!" Tidak ada angin taufan tiba tiba sahaja belakang kepala Raja Maraya ditampar oleh Raja Hadi.

"Pandai bawa balik jantan eh sekarang. Aku seligi—"

Dush

"Tak lama kau yang aku seligi kang. Duduk" sergah Puan Asiah sambil menendang betis Raja Hadi. Potongan timun yang diambil dari dapur basah diletakkan di atas meja lalu tempat duduk di sebelah anak bongsunya diambil.

"Mama tendang abang? Sampai hati mama" betisnya yang ditendang tadi diusap. Tidak lah sakit. Sengaja mahu ber drama.

"Suka hati tempeleng kepala adik kau. Mama dah cakap. Jangan main kepala" jeling Puan Asiah. Pantang benar dia jika anak anaknya bergurau di bahagian kepala. Baginya, ia tidak sopan. Lebih - lebih lagi dihadapan tetamu.

"Makan, Farel. Langkah kanan kamu hari ni, ya" senyum Puan Asiah.

"Ya" sepatah Farel menjawab dengan senyuman manis. Teruntuk ibu mentua. Eh, bakal ibu mentua.

"M..macam mana kau ada dekat sini?" Soal Raja Hadi, masih malu dengan perlakuan lepasnya yang tak ubah seperti orang gila. Besyair lagu kanak kanak. Semuanya salah media sosial yang begitu mempengaruh sekarang. Otaknya pun dah sama gila!

"Aku datang, kebetulan lalu. Ingatkan nak melawat kau. Tapi, kau masih tidur."

'Penipu, dasar syaiton!'

Tak habis habis Raja Maraya mengutuk Farel di dalam hati. Seketika, kening Raja Hadi bertaut sesama sendiri. Dia bagaikan mengerti dengan situasi. Lebih - lebih lagi, Raja Maraya dan Farel saling bertatapan bagaikan tidak berpuas hati. Drama apa lagi ni? Kenapa di rumah ibu bapanya?

"Syaitan nirrajim mana rasuk kau pagi - pagi buta datang melawat aku? Mesti nama setan tu start dengan huruf M kan?"

Puff!

Raja Maraya yang sedang meneguk air tersedak. Dijeling Raja Hadi yang selamba menceduk nasi lemak.

"K..kau beragak la abang. Kau tuduh papa setan ya?!" Dalih Raja Maraya. Membuntang mata semua orang disitu. Wajah merah padam Raja Hadi dipandang dengan gelengan. Hah, kau nak kenakan aku ya bang?

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now