Prolog

26.6K 1K 212
                                    




"STELLA—"

"Shut up, Wolf!" Langkahnya diberhentikan lalu gadis itu menoleh kebelakang. Jarinya menunding tepat diwajah lelaki bertubuh tinggi lampai itu. Jangan dicabar aku! Aku sudah memberi amaran. Tapi masih tak mahu dengar.

"Shut up? Make me" Raja Luth menentang anak mata hitam Felis Maria. Mencabar.

"Fuck, Stella. Calm down. Keadaan baru nak 'panas panas'. Kau tetak dia apa hal?" Jelingan tajam diberi oleh Raja Ukael yang sedang menurunkan rifle dari dalam kereta. Rambut ikal mayangnya diserabutkan sedikit apabila topinya dibuka. Masak misi malam ni! Semuanya kerana Stella!

Raja Heidi Nabella yang baru sahaja keluar dari dalam markas menggelengkan kepala. Pasti, kes cemburu lagi. Dari dalam markas suara Felis dan Raja Luth yang bertengkar terdengar begitu jelas.

"Panas panas?! Kau beritahu aku siapa boleh tahan kalau boyfriend dia panas panas dengan perempuan lain?! Ayya? Kau sanggup?"

Wajah Raja Ukael dipandang tajam oleh Felis Maria sebelum matanya mencari sosok Raja Ulayya. Menggelegak darahnya ketika melihat wanita berambut perang itu sudah mula mengusap dada bidang milik Raja Luth. Memang, pelan asalnya Raja Luth harus menggoda wanita itu. Tetapi, caranya begitu memanaskan hati. Felis bukanlah penyabar. Dia pencemburu!

"Uish, nak mampus? Berani Haf buat macam tu? Aku bela sarang semut api dekat gelanggang silat dia nanti, baru dia tahu" Raja Ulayya mengerling ke arah Haf sebelum lelaki itu tersenyum senget.

Kini, Felis menatap garang ke arah Raja Luth yang tenang berdiri dengan tangan di dalam poket seluar.

"That's why we can't be a team. Dari dulu lagi Lis dah kata! Pasti bergaduh! Patutnya, Lis masuk aje team Angela tadi" Raja Ulayya yang berdiri disebelah Haf Nuhail dipandang sekali lagi, sebelum matanya mengguling malas saat Raja Ulayya sudah merangkul lengan Haf, mengejek.

Lihat sahaja Raja Ulayya dan Haf Nuhail. Pasangan itu begitu bahagia tanpa sebarang pergaduhan. Kenapa? Kerana Raja Ulayya ialah penembak tepat. Manakala Haf pula ialah front man, bersama Raja Ukael dan Jaylen Lateef. Mereka tidak bertembung dalam mission kecuali ketika waktu berkumpul ataupun saat genting yang memerlukan team sniper turun padang menolong.

"Tapi kau tak mahir menembak, Lis. Tembak pun kena dinding. Nasib baik uncle Oma tak bunuh kau tau. Habis retak dinding markas dia" celah Jaylen Lateef yang baru sahaja memunggah sejumlah wang yang berjaya dirampas ketika menjalankan misi tadi.

Haf mendekati untuk menolong. Dia cuma terkekeh kecil. Tak mahu masuk campur. Wajah Felis sudah merah padam menahan marah. Tak mahulah dia menjadi mangsa Felis pula.

"Kau diam, Alen. Kalau nak tahu aku ni pembaling kapak yang tepat atau tidak, kau cuba cari pasal" marah Felis. Segera dibuka earpiece yang sedari tadi masih berada di telinganya. Kaki mula mengorak langkah ke dalam markas, lengan Raja Heidi yang menahannya juga direntap kasar.

Tanpa dia sedari, Raja Luth membuntutinya. Tenang sahaja lelaki itu. Melihat Felis memasuki ruangan pantri, Raja Luth juga masuk. Pintu ditutup rapat. Tanpa banyak bunyi, tangan Felis digenggam erat dari arah belakang.

"My cherié, please" Raja Luth menarik kedua dua bahu Felis agar menghadapnya. Wajah garang Felis dipandang dengan senyuman. Berharap Felis akan berlembut hati.

"Abang salah. Abang minta maaf. Abang tak ada pilihan lain selain sentuh dia.. macam tu. She's play hard to get" adu Raja Luth. Bukan mencari alasan, tetapi itulah yang berlaku.

Terkejut bukan kepalang ketika tubuh wanita itu mulai rebah dipangkuannya akibat balingan kapak milik Felis. Tepat di atas belakang wanita itu. Gila bukan? Tak semena mena mereka harus merempuh semua musuh yang ada dalam kelab malam tadi. Wanita itu merupakan ketua kelab malam itu, merangkumi si suspek yang mereka cari.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now