| 19 |

10.8K 963 93
                                    



370 votes : update

FARISH dan Raden beriringan memasuki khemah mereka. Baru sahaja selesai menghantar warga berdekatan balik ke tempat penginapan sementara. Infrastuktur disini sudah membaik sebanyak 60 peratus. Lebih cepat berbanding jangka masa yang diramalkan. Warga tempatan turut diberi tempat perlindungan sementara segala perumahan dan perancangan bandar di wilayah ini membangun sepenuhnya.

Dua lelaki itu masuk dengan tuala di leher masing - masing. Mahu segera solat Maghrib. Tetapi, apa yang membuatkan mereka berdua berkerut dahi ialah sosok Farel yang berbungkus di dalam selimut. Tidur gamaknya.

"Ergh.." erangan dari bibir Farel terdengar perlahan. Pantas kaki mereka berdua merapati katil.

"Rel?" Bahu Farel dipegang kejap.

"Hm?" Sahut Farel sepatah.

"Woi, kau kenapa? Demam?" Soal Farish. Dahi Farel disentuh. Ah, panas.

"Kau tak ganti pek pemanas ke siang tadi? Kan aku ada letak atas meja. Suruh kau ganti" soal Farish risau. Sudah lah mereka kekurangan kakitangan. Ditambah pula Farel yang demam, makin menyulitkan keadaan.

"Aku sibuk sangat tengok kanak - kanak yang sesak nafas sebab gempa susulan tu. Aku lupa tukar. Mungkin sebab tu kot aku demam— acho!" Farel bersin sekali. Bengang pula kepalanya.

"Habis tu apa nak buat ni?" Raden bercekak pinggang. Dicari bayang - bayang pek pemanas tadi. Sudah dijumpai tetapi tangannya pantas mengambil teko besi dan cawan besi. Mahu membuat teh herba panas.

"Kau minum air rendaman teh herba ni. Nanti, terus tidur" pesan Raden setelah selesai membakar unggun api. Dia melihat sekilas Farish yang meletakkan pek pemanas di sekitar dada Farel.

"Aku nak balik.." ujar Farel.

"Eh kau dekat khemah ni. Kau melalut apa?" Farish menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Balik ke mana pula? Tinggi sangat ke suhu budak ni sampai meracau?

"Nak balik KL. Kalau aku demam, umi aku je tahu macam mana nak buat" jawab Farel dengan mata tertutup.

Bibirnya sudah menggigil. Nampaknya pek pemanas ni tak membantu langsung! Sudah lah Turki sekarang di bawah suhu bilik. Boleh mencecah 10° C sahaja!

"Kau jangan buat gila Rel.."

"Nak umi.." erangan Farel menjadi panjang. Selimut semakin dirapikan. Pejam celik matanya, memandang wajah Farish dan Raden yang mula berubah riak. Terkedu dengan pemandangan itu, Farel memejamkan matanya kembali.

Alamak, dah kantoi ke?

"Anjing, kau sengaja kan?!" Raden melibas sekali tualanya yang berada di atas bahu.

"Adoi! Sakit lah sial! Aku demam tahu tak—"

"KAU SENGAJA BAGI BADAN KAU TERDEDAH DEKAT ANGIN SEJUK SO KITA ORANG BAGI KAU BALIK AWAL KAN?!" Farish mula naik ke atas katil Farel, menjerut leher Farel menggunakan lengannya.

"Woii! Matilah aku! Mar tolong aku Mar!"

"BABI! NI MESTI SEBAB MAR KAN?! KAU JANGAN SAMPAI AKU MASUK MEMINANG MAR!" Raden menambah beban, menindih Farel juga.

"SEBUT NAMA MAR DENGAN MULUT LONGKANG KAU, AKU BENAM KAU DALAM LOJI BELAKANG PANGKALAN NI!" Balas Farel. Sudah mula berang.

"MAR MAR MAR! HAA, BENAM LAH! AKU DAH LAMA TUNGGU KAU BENAM AKU! CEPATLAH!" Cabar Raden.

"TUNGGU AKU BAIK DEMAM SIAL! TAK CAKAP BANYAK AKU BUAT TERUS!" Farel menarik rambut Raden. Hai, susah pula nak tarik memandangkan rambut Raden pendek.

"NAK DEMAM SANGAT KAN? HAA MAMPUS TERUS SENANG. BIAR AKU TIMBUS KAU BAWAH BANGUNAN RUNTUH SANA!"

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now