| 40 |

14.8K 1.1K 185
                                    



        IMAN dan Raden berpandangan sesama sendiri. Sejak dari tadi, telefon milik Farel berdering tidak berhenti. Tetapi, tuan telefon langsung tiada niat mahu mengangkatnya. Wakah ketat milik Farel jelas mengatakan dia langsung tidak terkesan dnegan bingit bunyi telefonnya.

"Princess kau telefon tu. Angkat lah, intan payung" seloroh Iman Solihin sambil menaip repotnya. Bukan mereka tidak tahu akan perang dingin yang melanda Farel dan Raja Maraya. Biarpun ceritanya tidak terperinci, mereka tahu. Farel sedang berjauh hati dengan wanita itu.

"Tak nak" jawab Farel sepatah.

"Kalau tak nak, meh sini aku jawabkan. Dah lama tak dengar suara Mar—"

"Nak putus tangan, kau sentuh phone aku. Cubalah" Farel mencerlung garang ke arah Raden yang baru sahaja mahu mengambil telefonnya.

"Takutnya" senyuman sumbing Raden Qafli hanya dibuat tidak tahu. Matanya diguling keatas, lalu Farel menyambung tugasnya yang terbantut.

Seketika, telefon berhenti berdering. Lama Farel menatap skrin telefon yang mula menggelap.

"Aku rasa, Mar tu bukan tak sayang kau. Cuma, dia perlukan justifikasi daripada kau." Iman mula membuka bicara. Biarpun matanya memaku di skrin komputer, dia tahu Farel sedang memandangnya dengan kerutan diwajah.

"Justifikasi apa yang kau maksudkan? Apa yang dia nak, aku sanggup buat. Sekarang, dia tak nyatakan apa yang dia nak. Aku keliru, Iman" luah Farel akhirnya.

"Kau ada pergi jumpa mak ayah dia? Senang cerita, kau ada niat nak masuk meminang dia?" Iman membalas.

Farel membungkam kata. Ya, dia ada niat. Tetapi bukanlah dalam masa yang terdekat memandangkan Raja Maraya sendiri tidak bersedia mahu berkahwin.

"Kau sendiri tahu Mar tak mudah percayakan orang. Ya, usaha kau memang tak boleh ditolak ke tepi. Effort kau memang bagus. Selepas kau bagi effort, aku rasa langkah kau yang seterusnya ialah pergi jumpa mak ayah dia" sokong Raden pula.

Persoalannya, Mar akan terima dia? Farel takut jika dia ditolak lagi. Bagaimana dengan penerimaan keluarga Mar?

"Masa kami kena tangkap basah, ayah dia memang nak kami berkahwin. Tapi, kau rasa ayah dia masih akan terima aku ke selepas kejadian tu?"

Sejujurnya, itulah yang Farel gusarkan. Raden dan Iman sekali lagi berpandangan.

"Belum cuba belum tahu, Farel. Kau sendiri cakap ayah dia suka kau dengan Mar disebabkan hubungan hospital dengan organisasi family Mar. Jadi? Apa lagi yang kau nak takutkan?" Iman cuba menyakinkan Farel.

"TUAN!"

Entah siapa yang menjerit, kelihatan dua prebet yang baru sahaja muncul di depan pintu termengah - mengah mencari nafas.

"Woi, apa kena dengan kau orang ni? Nampak hantu?" Iman menyergah.

"Bukan, Tuan. Tapi ada orang cari Tuan Farel. Tu, dekat post guard" kata salah seorang prebet yang dikenali sebagai Amir. Lalu, Iman dan Raden berpaling ke arah tingkap luas yang berada di hujung bilik. Dengan jelas, mereka dapat melihat apa yang ada di post guard.

"Farel Ziyan! Girlfriend kau panjat tembok depan kem woi!" Tempik Raden dengan mata yang membuntang.

"Haa?!" Farel berlari ke arah tingkap. Alangkah terkejutnya dia melihat sosok Raja Maraya yang meniarap di atas tembok kem yang tingginya melebihi dua meter.

"Astaghfirullahalazim, Mar!" Jerit Farel. Tanpa berlengah, Farel terjun dari arah tingkap. Untunglah pejabat mereka di tingkat bawah. Tak usah guna pintu. Lambat! Kalau jatuh tuan puteri dia, tak ke naya?

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now