| 5 |

13.9K 910 65
                                    



FAREL Ziyan duduk berhadapan Raja Hadi yang sudah memandangnya tajam. Jika tidak difikirkan ini rumah Farel, mungkin penumbuknya sudah naik ke wajah kacak itu. Khabar angin pergaduhan Farel dan Mar di parking perkarangan markas tersebar begitu pantas. Lagi lagi, kereta milik adiknya masih utuh di tempat parkir. Makin menguatkan kenyataan kononnya khabar angin itu.

"Kau bawa adik aku pergi mana semalam?" Soal Raja Hadi, dingin.

"Bawa keluar sekejap. Ambil angin. Jangan risau. Aku tak buat apa apa dekat dia" jawab Farel jujur.

"Siapa bagi kebenaran untuk kau bawa dia keluar? Kau ada minta kebenaran aku?" Selar Raja Hadi. Farel mengeluh perlahan. Kepalanya digeleng. Bertentang mata sesaat dengan Raja Hadi.

"Aku cuma perlu masa berdua dengan Mar. Untuk perbetulkan semua kesalahan aku pada dia. Itu sahaja, Hadi" Farel cuba mempertahankan diri. Jika terus menerus dia dipersalahkan, tak boleh juga. Niatnya baik. Dia mahukan perdamaian.

"Kau fikir dengan masa yang kau minta tu, akan sembuhkan rasa sakit hati Mar? Hey, kau ingat ke tak ingat apa yang kau dah cemuh dia 10 tahun yang lepas? Atau kau dah gila?"

Raja Hadi tersenyum sinis. Tahu, jika dia masih sakit hati, adiknya 10 kali ganda lebih sakit. Tak mungkin Mar akan lupakan begitu sahaja. Luka yang ditinggalkan oleh Farel bukannya sikit. Malah ianya dalam hingga menusuk jantung.

"Apa yang aku buat sekarang ni tak akan mampu kurangkan rasa sakit di hati Mar. Aku tahu. Tetapi, aku cuba. Aku mahu meminta maaf. Sekurang kurangnya Mar tahu, aku kesal dengan tindakan aku selama ni. Dan aku tak akan berhenti sehingga Mar maafkan aku. Kau pun tak akan boleh halang aku" Farel menjawab berani.

Jujur, gentar langsung tidak menjalar. Rasa takut jauh sekali. Farel lebih kepada sesal. Semangatnya begitu tinggi dan tak mudah patah.

"Minta maaf tu pasti. Memang kau kena melutut depan Mar untuk meminta maaf. Aku tak akan lepaskan kau sesenang itu, Farel. Tapi, bukan dengan cara dekati Mar. Aku tak izinkan kau dekat dengan adik aku" satu amaran keras, tetapi bagi Farel ianya satu cabaran. Satu senyuman sinis ditarik.

"And what if, aku dapat Mar semula?"

Raja Hadi segera bangun dan mendekati Farel. Kolar baju lelaki itu dicekak tanpa sempat ditahan oleh Raja Ummar yang sedari tadi lebih banyak membisu.

"Cuba dekat dengan Mar lagi. Aku bunuh kau." Suaranya ditekan. Keras terdengar.

"You know what? I like the idea to have her silhouette in my mind forever. Jika ini yang aku harus lalui sebagai tebusan dosa dosa aku, akulah orang paling gembira. Adik kau kerap sangat masuk mimpi aku sepanjang tempoh ini"

"Sial"

"Aku sukakan Mar"

Baru sahaja mahu menghayun penumbuk ke wajah Farel, kata kata daripada lelaki itu membuatkannya mati langkah.

"Kau dah gila ke Farel?" Raja Ummar seakan tidak percaya dengan pengakuan Farel. Matanya terbuntang besar.

"Ya, aku dah gila. Aku gilakan Mar"

Ini keputusan berani mati. Pengakuan di hadapan Raja Hadi? Hey, lihat sahaja lelaki itu sudah menahan gigil. Kegeraman. Sekali lagi, kolar Farel dicekak kuat sehingga lelaki itu bangun dari duduknya. Raja Ummar turun berdiri, segera lengan Raja Hadi ditarik, tetapi ditepis kasar.

"Kau silap besar Farel. Kau silap besar kalau kau rasa kau boleh dapatkan Mar dengan semudah petikan jari"

"Kau belum kenal Mar, Farel. Kalau kau rasa aku ialah penghalang terbesar untuk kau dapatkan Mar, kau memang silap besar" sambung Raja Hadi dengan senyuman sinis. Kerutan di dahi Farel tercipta. Wajah Raja Hadi dan Raja Ummar dipandang silih berganti.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now