| 12 |

12.2K 968 55
                                    


330 votes : update

RAJA Maraya mengetuk pintu sebelum menerombosi bilik yang menempatkan Vince. Debar didada sudah tak dapat dibendung. Teruk kah kecederaan Vince? Tolong, jangan kata Vince tercedera parah. Rasa bersalahnya bakal menggunung tinggi.

"Masuk" suara Vince terdengar dari arah dalam.

Ada Farel dan Ummar di dalam. Mereka berpaling seketika ke arah Raja Maraya yang teragak - agak mahu masuk.

"Raja Mar! Masuk, masuk" sapa Vince dengan senyuman lebar. Vince bangun dari pembaringan, menekan perutnya yang masih basah dengan luka jahitan.

Pap!

"Baring" arah Farel dengan wajah mendatar. Sempat belakang kepala Vince ditamparnya.

"Aish! Jangan pukul kepala orang lah!" Raja Maraya memarahi Farel yang sudah mengguling bebola mata. Kakinya melangkah mendekati katil. Wajah ceria Vince dipandang lama.

"Raja Mar okay? Mission tadi macam mana?" Soal Vince. Di dalam hati, Raja Maraya sudah memanjat syukur. Budak ni, masih banyak cakap. Masih ceria seperti selalu. Dia tidak minta lebih. Raja Maraya meminta agar anak - anak buahnya sentiasa dilindungi.

"Aku okay. Kau tu yang tak okay" Raja Maraya menjeling sekali. Dia menolong Farel mengemas segala peralatan mencuci luka. Dibuang segalanya dalam plastik kuning yang disediakan.

"Sikit aje. Raja Mar ni macam tak biasa pula" seloroh Vince. Sengihnya ditayang. Janggal pula dia berbaring depan bos bos dia. Tetapi mengenangkan singa askar jantan ni ada disini, dikejungkan juga badan untuk berbaring. Nanti tak memasal kena tembak sekali lagi.

"Thank you, Vince. Kalau bukan sebab kau, aku tak tahu apa yang bakal terjadi pada Eshal. You did a very good job today" senyum Raja Maraya sambil menepuk bahu Vince. Satu senyuman turut menjadi hiasan diwajahnya. Membalas senyuman Vince.

Vince menggaru kepalanya yang tidak gatal. Segan pula kena puji depan depan.

"Tugas saya, Raja Mar. Hehe" sengih Vince.

"Lagi empat jam dah boleh makan antibiotik. Make sure habiskan selama seminggu. Lagi beberapa hari aku akan datang pantau luka kau. Cantik - cantik aku jahit tapi kau tak jaga. Aku sebat kau nanti" Farel menutup beg nya. Bersandar selesa di kerusi sambil memerhati Vince yang masih tersengih.

"Baik Dr Farel" sahut Vince. Farel, memang dikenali dengan sikap garang dan kasarnya atau pun lebih tepat. Tiada adab.

"Mana Tania?" Soal Raja Ummar yang dari tadi hanya berdiam diri.

"Bilik seksaan" jawab Raja Maraya sekali. Jam ditangan sudah berganjak pukul 2 pagi. Ah, elok dia balik sekarang. Kita balik ke mana? Ke rumah mama. Sebab apa? Sebab boleh dik. Tak mahu hakak tinggal sorang sorang dekat rumah. Eshal tu lantakkan dia dekat mansion. Ada Luqman ada Ummar boleh jagakan.

"Aku balik dululah. Dah lewat. Esok kita selesaikan perempuan tu" cadang Raja Maraya. Ditekup mulut kemas ketika terasa mulutnya bakal menguap.

"Jom, aku hantar" Farel berdiri, sedia untuk beredar.

"Tak apa. I balik dengan abang Hadi. Kita jumpa esok" jawab Raja Maraya.

"Sure?"

"100%"

"Okay then. Take care, princess"

Raja Maraya mengangguk, lalu dia beredar setelah berpamit pada Vince. Sosok wanita itu sudah tidak kelihatan. Hanya minyak wangi berbau fresh, fruity & floral miliknya sahaja yang tinggal.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now