| 53 |

12.9K 1K 149
                                    



BANG!

"Arghhh! Fuckkk!" Tempik Tengku Haziq. Lalu, satu tembakkan daripada lelaki itu sempat dilepaskan secara rambang.

"Eshal!!"

Tempokan milik Raja Maraya berjaya membuatkan Farel terkedu. Apabila dia membuka pintu untuk keluar, ruang mata milik Farel mula dihidang dengan pemandangan ngeri. Situasi yang paling ditakutinya sudah terjadi.

Mar, tergeletak lemah. Hampir menghempap tubuh Eshal setelah nenerima peluru Tengku Haziq.

"KAK MAR!"

Eshal membawa tubuh Raja Maraya memasuki pelukan. Hambur tangisnya kian bergema di koridor penthouse.

"I'm okay. Don't worry. This is not my first time" senyum Raja Maraya.

Bagaimanalah Farel tidak risau? Terang - terangan Raja Maraya tercedera parah. Di hadapan matanya sendiri, Farel melihat percikan darah mula membasahi kantai koridor.

Mengenangkan peristiwa itu, Farel mengacip giginya geram. Berdirinya dia dihadapan seorang wanita yang masih lemas akibat  chloroform, Farel tidak dapat memujuk diri sendiri. Kasar rentapan kain di mulut dan mata wanita itu dibukanya.

Brina menggelengkan kepalanya. Terpisat - pisat melihat keadaan sekeliling. Ada beberapa lelaki bermuka bengis dihadapannya.

Keadaan sekeliling pula agak kelam. Mereka bagaikan berada di hujung koridor yang tiada pagar tingkat dua. Manakala ada sebuah kolam besar yang mengandungi air berwarna kehijauan yang keruh di tingkat bawah.

Posisi Brina hanya sejengkal dari hujung lantai. Silap pergerakan, mungkin Brina boleh jatuh ke dalam kolam dibawah.

"Aku tanya lagi sekali. Kenapa kau cuba bunuh Mar, Brina Bailey?"

Wanita kacukan Eropah itu terlihat terpinga - pinga. Ah, bagaimana Brina boleh berada di gudang luas milik Black Angels?

Lubuk kematian.

Semuanya kerana pengakuan seorang jururawat yang bertanggungjawab menukar IV drips (intravenous therapy fluid) sepanjang tempoh pembedahan.

Dialah yang menyuntik cecair sejenis aspirin secara berkala sepanjang tempoh pembedahan. Ianya bertindak sebagai racun dan terus menyerang pembuluh darah di jantung.

Tidak cukup dengan itu, IV drips yang sudah dicampur dengan aspirin dengan dos yang tinggi turut disalurkan melalui urat saraf milik Raja Maraya. Blood thiner.

Lebih memeranjatkan, tujuan jururawat tersebut berbuat demikian kerana diupah. Dan Brina Bailey lah orangnya.

"You dah salah orang, Rel. I langsung tak ada kena mengena dengan kejadian yang menimpa Maraya. I baru aje balik dari seminar di Australia" dalih Brina dengan wajah yang tidak bersalah ; cuba bertenang.

"Mengikut litar rakaman tertutup di sekitar sejam sebelum pembedahan bermula, jururawat yang bernama Syarmila didapati menelefon seseorang di koridor berdekatan OR."

Jibrael mencelah sambil mengetik jari - kemarinya di tablet 10 inchi. Lagaknya sepeeti seorang pendakwa raya. Rakaman CCTV Syarmila sedang menyuntik cecair yang tidak dikenal pasti di salah satu paket IV drips terpampang.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now