| 17 |

12K 983 48
                                    


350 votes : update

"NAH"

Satu bungkus tisu dihulurkan ke arah Nathalia. Siap - siap dibuka. Elok huluran itu disambut dengan ucapan terima kasih. Nathalia masih tidak mengangkat wajah. Selesa menatap lantai lobi hospital sahaja.

"Hadi"

Kali ini, barulah kepala gadis itu mendongak, memandang Raja Hadi yang tenang menatap pintu kaca di hadapan mereka. Satu senyuman manis dilemparkan kepada Nathalia.

Rambut gadis ini lurus, berkulit tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Kulit orang Melayu. Tetapi, apa yang membuatkan gadis ini kelihatan begitu menarik ialah mata coklatnya. Mencair seperti warna lautan yang dipancar cahaya senja.

'Sera'. desis hati Raja Hadi.

*Sera - senja/ berwarna amber

"Nama saya Hadi." Sambung Raja Hadi. Mungkin, kepala Nathalia terlalu kusut dengan masalah. Cara pengenalan diri yang begitu ringkas seperti tadi mungkin mengelirukan gadis itu.

"Saya Nathalia" jawabnya. Sepatah sahaja. Sudah cukup untuk membuatkan Raja Hadi tersenyum lebar.

"Belajar dekat mana?" Soal Raja Hadi, bukan berbahasa basi melainkan dia memang ingin tahu.

"UM"

"Wow, impressive" puji Raja Hadi.

"Emergency Medicine?"

Geleng.

"Surgery"

Ini lebih mengejutkan. Raja Hadi mengangguk beberapa kali. Nathalia, bukan calang - calang. Dia merupakan bakal pakar bedah. Tetapi, yang menghairankan Raja Hadi, apa gadis ini buat di ER? Atau memang semua pelajar intern akan disuruh melakukan segala hal biarpun bukan dalam bidang mereka?

"Ya, minggu ini saya ditempatkan di ER. Sebab performance saya sangat teruk semasa berada di dalam OR -*Operation Room" luah Nathalia. Bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Ah, barulah Raja Hadi faham.

"Minding to share.. what's happened?"

Nathalia menggeleng. Baginya, orang luar tak perlu tahu. Cukuplah dia tertekan dengan segala desakan daripada orang atasan dan keluarganya yang tidak pernah memahami.

"No thanks. Lagipun, kita tak tahu bila kita akan berjumpa lagi" nafas dihela perlahan.

Lobi agak lengang pada tengah hari ini disebakan ramai yang keluar untuk makan tengah hari. Kerana itu merela memilih lobi sebagai tempat untuk menenangkan diri

"Maksudnya?" Jawapan Nathalia bagaikan tergantung. Jadi, ada apa jika mereka bertemu lagi?

"My pathetic story would be carved forever in your mind. And i hate it. Saya tak suka tagih simpati orang dengan bercerita tentang alur kehidupan saya. Kalau boleh, saya nak tanggapan baik - baik sahaja yang menjadi first impression orang terhadap saya"

"No, apa maksud awak yang kita tak tahu bila kita akan berjumpa lagi?" pantas Raja Hadi memintas percakapan.

Nathalia bangun dari duduk, membetulkan kot putihnya.

"You seem like very close to Doktor Farel. And there is no impossible for us to meet again."

"Mungkin, saya akan lebih kerap bertemu doktor Farel. Lagi - lagi, Doktor Farel sudah mula laporkan pada pihak universiti apa yang berlaku pada saya hari ini. Dah internship saya akan tamat di tengah jalan."  jeda.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now