| 54 |

13.2K 1K 86
                                    



        RAJA Murad cuma memandang tubuh anaknya yang masih tertidur nyenyak. Syukur, Raja Maraya selemat dibedah dan mula melalui proses pemulihan. Ukiran senyum terpancar diwajah ketika Raja Maraya merengek kecil kerana kesejukan dalam tidurnya.

Segera alat kawalan pendingin hawa dicapai lalu ditinggikan suhu di dalam wad tersebut. Biar selesa anaknya tidur.

Matanya memanas saat putaran memori ketika Raja Maraya masih kecil seakan terpampang di hadapan mata. Raja Maraya dikenali sebagai anak periang. Suka tersenyum dan kuat berseloroh.

Apa yang membuatkan hati Raja Murad bagaikan ditempa? Ianya saat kenangan dia menyuruh Raya Maraya memotong rambut ikal mayang milik anaknya itu.

Alasannya, susah mahu berlatih Muay Thai dengan rambut yang panjang. Puas dipujuk oleh Raja Maraya agar rambutnya tidak dipotong, tetapi si papa berkeras.

Al hasil, rambut separas pinggang itu dipotong dan tidak pernah memanjang sehingga Raja Maraya meningkat remaja.

Kerana lasaknya Raja Maraya ketika proses menumbuh menjadi seorang dewasa, dia sering digelar wanita kasar dan tomboi hanya kerasa dia giat menimba ilmu Muay Thai dan berambut pendek seperti lelaki.

Salah tafsiran Farel terhadap Raja Maraya juga berpunca daripada hal yang sama. Penampilan Raja Maraya yang terlihat kasar membuatkan Farel buta hati. Raja Murad mengetap bibir kuat. Rasa bersalahnya kian mencengkam didada.

"Salah papa. Semuanya salah papa" gumam Raja Murad.

Tangan Raja Maraya dicapai lalu digenggam lembut. Sejuk. Tangan ini dahulu pernah kasar kerana terlalu keras berlatih. Pernah dihiasi luka dan memar.

Tetapi, pernah ke Raja Murad cuba mengubatinya? Pernah ke Raja Murad bertanya sakit atau tidak? Tidak. Sekeras itu Raja Maraya dididik. Sedingin itu layanan seorang ayah terhadap anak perempuannya.

"Salah Farel juga"

Suara Farel mencelah dari pintu masuk wad. Raja Murad berpaling ke arah sumber suara. Lalu dia tersenyum lemah.

"Baru sampai, Rel?" Sapa Raja Murad sambil mempersilakan Farel untuk duduk disebelahnya.

"Ya"

"Macam mana? Dapat perempuan tu?" Soal Raja Murad dengan nada yang sedikit tegang. Segala tentang perbuatan doktor Brina suda dia ketahui. Mengacip geram giginya apabila mendapat tahu tentang pelan dan rancangan wanita itu.

"Dah selamat masuk neraka gamaknya" jawab Farel bersahaja. Matanya beralih ke arah IV drips. Fobia! Dua hingga tiga kali Farel memeriksanya sebelum dia berpuas hati.

Wajah Raja Murad yang tersenyum sinis dipandang sekilas lalu hujung katil milik kekasihnya itu dihenyak punggungnya.

"Farel tak harapkan apa - apa melainkan kesembuhan hati Mar. Kita tahu, peluru dan tajam pisau bukan apa - apa kepada Mar. Tapi, kata - kata yang mengguris hati."

Raja Murad mengangguk.

"Papa pula dah turap hati Mar. Tiada yang tersisa. Sepatutnya papa pelindung kepada Mar bukan jadikan dia senjata untuk kepentingan diri sendiri"

Raja Murad senyum saat air mata daripada hujung mata Raja Maraya tampak mengalir lesu. Tahu, anaknya itu sudah terjaga dari lena.

"Papa juga harapkan Mar akan bahagia. Papa harapkan ada lelaki yang boleh jaga dia lebih baik daripada papa. Dan papa baru celik mata, Mar dah jumpa lelaki yang terbaik"

Tangan Raja Murad dan Raja Maraya yang bertaut tadi mula mengetat dengan genggaman.

"Papa izinkan kau orang berkahwin. Kali ini demi kebahagiaan Mar. Papa akan serahkan Mar pada Farel."

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now