| 23 |

11.2K 1K 97
                                    



400 votes : update

"WHAT did you do to her?"

Suara Mejar (Dr) Zharif Ziyan terdengar tegas di ruangan tertutup di ruang tamu. Ada Puan Fauziah dan adik perempuan Farel, Nurul Farhin Ziyan yang menundukkan wajah di sofa panjang di penjuru.

Si ketua keluarga itu jarang sekali berubah serius begini. Diketahui, Mejar Zharif merupakan seorang yang begitu tenang dan penyayang jika melibatkan anak anaknya.

Mengapa, Farel begini?

"Rel tak buat apa apa. Kami cuma selesaikan apa yang patut" jujur Farel. Wajahnya tidak menunduk tetapi lirik matanya tetap dikendurkan tanda menghormati abah.

"Abah tak mahu Farel cerita sekerat begini. Beritahu abah kalau Farel ada sentuh Mar. Beritahu abah kalau Farel paksa Mar tanpa kerelaan dia. Jangan berselindung" sekali lagi Mejar Zharif Ziyan menekan. Tetapi, bait ayatnya disaluti rasa sebak yang menggila.

"Rel tak sentuh dia. Tapi Rel mengaku yang Rel paksa dia untuk tetap di dalam rumah ketika pihak JAIS datang" kali ini, kepala lelaki itu menunduk. Kesal? Sedikit. Farel tak mahu akui akan rasanya yang terkilan. Malah keluarga nya juga tidak menyetujui tindakannya menikahi Mar. Atas alasan tidak mahu menyeksa Mar.

"Astgahfirullahalazim" wajah tua itu diraup lama. Terdengar esakkan milik Puan Fauziah bersama suara halus milik Farhin yang memujuk. Farle menelan liurnya.

"Umi.. nak percayakan Farel. Umi nak percaya yang Farel tak bersalah dalam semua hal ni. Tapi, Farel sedar tak yang tindakan Farel ni akan membuatkan Mar semakin bencikan Farel?" Suara Puan Fauziah tersekat sekat dengan esakkannya.

"Macam mana dengan tindakan Mar? Mar tipu Farel. Mar juga perangkap Farel sebelum Farel balas." Jujur, dia paling terkilan dengan hal itu. Jelas jelas dia juga salah seorang mangsa.

"Then, did Tina seduce you? Ada apa apa yang terjadi pada Farel sampai Farel harus balas perbuatan Mar?" Soal Puan Fauziah. Air matanya diseka, menikam tajam anak mata Farel yang kian mengendur bahu. Apa yang ada di dalam kepala anaknya itu? Sungguh, dia tidak mengerti dengan cara pemikiran Farel Ziyan.

"Abang, kalau betul sekali pun abang sayangkan kak Mar, abang tak boleh buat macam ni. Dengan cara begini, abang cuma mengeruhkan keadaan" Farhin yang cuma membisu sejak tadi mula bersuara.

Dia, salah seorang saksi bahawa abangnya mencemuh dan menghina Mar suatu saat dahulu. Betapa kecewanya Raja Maraya, betapa tidak berakalnya Farel, semuanya masih berputar di kepala Farhin. Entah angin apa yang dihirup oleh Farel, dia pula yang tersungkur di kaki Mar.

"I'm trying my best to persuade her, Rin. Rin sendiri tahu salah abang pada Mar sebesar apa. Beritahu abang, apa lagi yang tak cukup? I'll do anything for her. Jika bukan dengan cara tangkap basah, apa lagi caranya?" Soal Farel sedikit protes. Menyabung tatapan dengan Farhin yang terkedu kata.

"Abang.."

Mejar Zharif menggelengkan kepalanya. Kecewa berat. Disangka segala didikan yang diberi kepada Farel sudah cukup untuk membentuk seorang lelaki yang dituntut agama. Lelaki yang matang fikirnya.

"Silap abah. Semuanya berpunca daripada abah yang tak pandai didik anak. Kata orang, didik anak perempuan tu susah diibaratkan menjaga sekandang lembu. Tetapi cabaran mendidik anak lelaki itu lebih berat"

Jeda.

"Abah bandingkan Rel dengan Rin?" Soal Farel dengan suara yang tertahan. Tetapi, dia mendapat gelengan lemah abah sebagai jawapan.

"Abah tak pernah bandingkan kau orang. Ada senang dan susahnya dalam menjaga anak anak abah. Mungkin, Rel tak faham sekarang. Tapi saat Rel dah dirikan rumahtangga, ada anak sendiri. Rel akan faham maksud abah"

[C] Stella : The Glory of Black MariaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora