| 15 |

11.7K 846 25
                                    



RAJA Hadi duduk disisi katil milik adiknya. Perlahan tangan itu digenggam dan diusap lembut di bahagian kekura tangan. Mama dan papa yang baru tiba di wad hanya memberi tatapan kosong. Pasrah. Keadaan berbahaya begini sudah banyak kali mereka lalui. Tetapi itu tidak bermakna mereka tidak peduli. Mar, tetap anak mereka.

"Farel macam mana?" Soal Puan Asiah yang sibuk mengirai kain selimut yang menutupi tubuh Raja Maraya. Khabar berita tentang Farel dan Raja Maraya tercedera ketika menyelamatkan remaja dan kanak kanak di dalam markas sampai di telinga, membuatkan Puan Asiah langsung tak boleh memejamkan mata.

Biarpun dihalang oleh Raja Hadi, mereka berdua berkeras mahu ke hospital. Sekali tatap pun jadilah. Mereka mahu memastikan Raja Maraya dalam keadaan yang baik biarpun kecederaannya tidak serius.

"Tadi, dia dah sedar. Tapi dia masih berehat di wad dia. Kalau dah sedar tu, jangan harap dia nak duduk diam. Ada lah tu dia kemana mana" jawab Raja Hadi.

"Kalau cedera separah Farel pun dah boleh kesana kemari, kenapa adik masih tak sedar? Ada apa apa yang mama tak tahu?" Soal Puan Asiah gusar. Satu jam berlalu, tetapi Raja Maraya tidak menunjukkan reaksi bahawa dia bakal sedar.

"Mungkin Mar penat dan terlalu terkejut. Mama jangan risau" pujuk Raja Hadi.

"Tapi—"

"Awak dah dengar kan jawapan Hadi? Mar okay. Mar ni dari kecil memang dah diterap seolah olah tubuhnya dibuat daripada urat dawai besi. Saya tahulah Mar macam mana. Dia kuat" niat mahu menyenangkan hati si isteri, tetapi jawapan itu malah membuatkan Puan Asiah melenting.

"Dan itu tak bermakna saya tak boleh risau. Awak cuma tahu nak suruh Mar jadi kuat, kuat, kuat. Awak tak ingat tahun lepas apa yang terjadi? Nyawa Mar hampir melayang ketika sertai misi. Saya dah cakap, persetankan semua organisasi bodoh ni! Awak tengok apa dah jadi pada Mar!"

Dengan berani, mata Raja Murad ditentang.

"Mama.."

"Adik dah banyak sangat ikut kehendak awak. Tolong, kali ini aje. Saya minta awak jangan bagi Mar sertai mana - mana misi Black Angels lagi. Saya tak suka" sapuan air mata berubah kasar. Hatinya begitu tersiat melihat satu per satu kejadian yang perlu menimpa Raja Maraya.

Lasak anak gadisnya bukan kerana kehendak gadis itu. Semuanya kerana terpaksa. Jika tidak bertahan, masakan Raja Maraya menjadi seorang pembunuh upahan yang begitu ditakuti banyak pihak? Dia, satu satunya pembunuh upahan yang diakui dan disanjung. Nama Black Maria disebut bukan sedikit.

Ajaran Raja Murad terlalu keras. Sehinggakan Raja Maraya terlupa, dia juga seorang perempuan. Penumbuk? Terajang? Itu sudah menjadi makanannya sejak kecil.

"Kalau Mar tak mahu? Apa awak boleh buat? Saya tak pernah paksa—"

"Awak tak pernah paksa tapi awak manipulasi otak anak saya! Awak gunakan kuasa ak sebagai ayah untuk pastikan Mar ikut cakap awak!" Balas Puan Asiah tanpa tertahan lagi.

KLAK

Pintu bilik wad dibuka seseorang.

Farel.

Tubuhnya tidak berbaju melainkan balutan kain luka melilit badannya. Wajahnya terlihat dingin, tetapi dia cuba untuk tersenyum.

"Minta maaf, aunty, uncle. Saya masuk untuk tengok Mar." Ujar Farel lembut. Pintu tadi ditutup semula setelah mendapat anggukan daripada Raja Murad dan Puan Asiah.

"Masuk, Rel." arah Raja Murad dengan senyuman agak janggal. Apa Farel mendengar perbualan mereka?

"Dia ada tersedar?" Soal Farel pada Raja Hadi. Lelaki itu menggeleng lemah. Lama tangannya menggenggam tangan Raja Maraya. Tiada satu pun respon. Raja Maraya benar benar tertidur nyenyak.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now