| 22 |

11.3K 887 96
                                    



RAJA Hadi berhenti berlari apabila kakinya sampai di hadapan convenience store. Tak jauh daripada residensi yang Mar duduki.

Ada seorang wanita bergaun merah darah, tanpa sebarang sepatu atau sarung kaki. Dia sedang duduk di kaki lima sambil memeluk tubuhnya. Raja Hadi membuka jaketnya lalu diletakkan jaket itu di bahu wanita itu.

Raja Maraya mendongak. Matanya mula kabur dengan jernih air mata. Wajah kembar tahunannya menghiasi mata. Langsung, tangisnya dihambur.

"Shh, tak apa. Aku kan ada" Raja Hadi menarik adiknya agar memasuki pelukan. Kemas - kemas tubuh kurus itu dipeluk. Biar hilang rasa tidak menyenangkan hati. Doanya agar Raja Maraya tidak terluka lagi.

"Aku minta maaf. Aku kecewakan kau" ujar Raja Maraya dengan esakkan panjang.

Dia sendiri tadi mengatakan bahawa kejadian tangkap basah bukanlah satu kesalahan besar. Tetapi, jauh di sudut hatinya, Raja Maraya tetap menyimpan rasa bersalah yang menggunung. Dia tahu, dia sudah mengecewakan semua orang terutamanya Raja Hadi.

"Kau tak pernah kecewakan aku. Malah aku bangga dengan adik aku. She's fucking amazing tonight" Raja Hadi senyum, mencium sisi kepala Raja Maraya yang masih tersedu - sedu menangis.

"Kau bodoh ke bangga sebab aku kena tangkap basah?!" Dada Raja Hadi dipukul geram. Matanya diusap dengan belakang tapak tangan. Manakala Raja Hadi sudah mengekek ketawa.

"Rare lah gila! Kau siu mamat tu macam tu aje. Gila aku tak bangga? Aku mati - matian ingat kau dah jatuh cinta dengan Farel. Mantap lakonan kau, dik"

Kali ini, senyuman adiknya bercambah. Lega hatinya ketika melihat senyuman itu. Air mata itu disapu bersih sebelum bahu adiknya dirangkul.

"Aku tak pernah rasa bangga macam ni pada orang. Kau tahu kan aku susah nak puji orang?" Raja Hadi menunduk sedikit bagi melihat wajah adiknya. Raja Maraya menoleh membalas tatapan.

"Aku tak kisah orang nak kata apa. Yang aku tahu, adik aku tak bersalah dan adik aku dah buat perkara yang betul"

"Abang.." baru sahaja mahu mereda tangisnya, kata - kata Raja Hadi kembali mengundang rasa sebak.

Melihat Raja Maraya yang tersebik membuatkan Raja Hadi tersenyum. Mereka kembali berpelukan. Beberapa minit berlalu, Raja Hadi hanya membiarkan adiknya bersandar dibahunya.

Tidak lama, Raja Hadi melonggarkan pelukan. Jaket di bahu Raja Maraya diikat dipinggang bagi menutupi bahagian bawah yang agak terdedah. Usai sahaja berbuat demikian, Raja Hadi membongkokkan badannya di hadapan Raja Maraya yang terpinga pinga.

"Naik. Kau tak pakai kasut ni. Kotorlah kaki"

Raja Maraya tidak membantah. Leher abangnya dipeluk erat. Dengan mudah, Raja Hadi menggendong Raja Maraya di atas belakangnya.

"Rindunya nak kau dukung aku" luah Raja Maraya sambil membenam dagunya di bahu milik abangnya. Senyumannya terukir kecil. Tahu, Raja Hadi turut tersenyum saat ini.

"Aku sentiasa ada nak dukung kau. Nak peluk kau. Nak cium kau. Minta aje apa kau nak. Selagi mampu, aku akan tunaikan. Sebab aku ada kau, dan kau ada aku saja. Ingat tak janji kita?" Soal Raja Hadi, mahu mengimbau kembali pada janji mereka ketika mereka masih kecil.

"Ingat. Janji untuk sentiasa percayakan kau dan bergantung pada kau" Raja Maraya mengulang kembali sumpah setianya pada Raja Hadi. Sama - sama ketawa kecil dilepaskan.

"Bergantunglah pada aku. Jangan berharap pada orang lain walaupun pada mama dan papa. Kau tengok apa dia orang buat pada kau malam ni? Sedikit pun mereka tak percayakan kau. Mereka lebih percaya pada Farel sebab Mejar Zharif" hambur Raja Hadi dengan nada yang geram.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now