| 43 |

12.4K 944 77
                                    



FAREL Ziyan mula memandang seluruh keadaan ballroom. Riuh - rendah dengan suara para tetamu yang hadir. Hari ni, bakal berlangsung makan malam para tentera bagi menyambut hari Angkatan Tentera Malaysia.

Tentu saja, Farel terlibat sama. Tata cara pemakaian seperti yang ditetapkan, layaknya sebagai seorang tentera. Ianya pakaian rasmi untuk mess night, yang digelar sebagai 'pakaian nombor 6' dalam perkhidmatan beruniform Malaysia.

Rambut disikat rapi, menampakkan dahi indahnya. Segak seorang Leftenan Dr Farel Ziyan agak menyerlah, mencuri perhatian para wanita yang ada di situ.

Tetapi, hatinya sedikit gundah. Di mana kekasihnya? Majlis bakal bermula lebih kurang 15 minit lagi. Katanya, dalam perjalanan. Raja Maraya sendiri menegah untuk Farel menjemputnya kerana Raja Maraya akan sedikit telat.

"Sendiri ke Rel? Tak bawa plus one?" Soal seorang pegawai yang berpangkat Mejar. Wanita itu tersenyum manis sambil membetulkan selendang dibahunya.

"Tak adalah. Saya bawa seseorang. Tapi gamaknya dia lambat sikit. Sekejap lagi smapai lah tu" jawab Farel. Riaknya sedikit dingin.

"I see. Tell me if she doesn't come. I boleh teman you sepanjang majlis. I memang seorang."

Wanita yang sering digelar Mejar Anis itu melorek senyum lagi. Satu kerdipan mata dihadiahkan kepada Farel yang menahan rasa. Kejung tulang pipinya, keras rahangnya, meluat senang kata.

Kata - kata Mejar Anis hanya dibiar sepi. Saat sorotan spotlight mula mengarah di pentas, Farel mengeluh perlahan.

10 minit berlalu, Farel masih bersendirian. Ucapan daripada pegawai - pegawai besar sudah berlalu. Tinggal majlis merasmikan dan juga sesi makan sahaja yang tinggal.

Pintu besar dewan dikerling lagi. Jujur, jika Raja Maraya tidak hadir, Farel akan berasa sedikit terkilan. Walau bagaimana sekali pun, Farel cuba bersabar. Mungkin jalan sesak. Kita tak tahu.

"Dengan ini, saya merasmikan Majlis Makan Malam Renjimental bagi meyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia yang ke-89 dengan lafaz bismillahirraanirrahim"

Ahli VVIP mula menggunting riben yang disediakan di atas pentas. Tepukan gemuruh mula diberi. Farel juga, tangannya ditepuk malas sambil memerhati gelagat rakan - rakannya.

Semua bersama pasangan masing - masing sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum.

Ini, kali pertama Farel berasa begitu sunyi. Mar, mana kau?

"Belum datang?" Mejar Anis menjongket keningnya, cuba menggoda.

"Belum lagi"

"Mungkin tak datang tu. Lambat sangat dah ni. Tak apa. I boleh teman you—"

"No need. I'm here by the way."

Suara lunak itu menampar gegendang telinga mereka yang ada di meja makan. Farel berpaling kebelakang.

Ada Raja Maraya yang berbaju kebaya hitam beserta selendang di bahu.

Melongo hampir semua orang disitu. Raden menyenggol lengan Farel yang ternganga sedikit kuat.

"Oi, nganga pasai apa?" Raden menolak rahang Farel agar dia menutup mulut.

"C..cantik" kata Farel dengan wajah terpinga - pinga.

"Thank you, Rel" ujar Raja Maraya dengan senyuman. Mungkin, inilah kali pertama Farel melihatnya memakai baju tradisional ini. Sudah lama berada dalam almari. Inipun, Puan Asiah punya. Bukan milik Raja Maraya.

"This is my chair, if you don't mind.." Raja Maraya memberi isyarat agar Anis berdiri segera. Senyumannya masih tidak pudar. Manis dipasang pada wajah.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now