| 26 |

11.6K 1K 71
                                    


460 votes : update

ESHAL duduk bersila di hadapan Tengku Kamelia, siap bertelekung dan berwudhu'. Wajah lembut ibu kepada Raja Luqman, Raja Ummar dan Raja Laila itu dipandang sekilas sebelum Eshal tersengih.

Baru setahun memulakan perjalan sebagai seorang muslim, Eshal tidak melepaskan peluang untuk belajar membaca al-Quran. Kata mereka semua, masih tak terlambat mahu memulakan pelajaran.

Biarpun aurat nya masih belum ditutup sempurna, kata Tengku Kamelia proses istiqomah harusnya berjalan perlahan dan tidak memaksa. Tetapi jangan terlalu lambat.

"E..Eshal tak ingat. Ni huruf apa eh?" Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Malu mula menyerbu di hati. Baru lapan hari Allah bagi cuti, huruf di buku iqra' bagaikan perkara baru bagi Eshal. Terkebil - kebil Eshal memerhatinya.

Tengku Kamelia menggelengkan kepalanya.

"Ini huruf Tssa, sayang" jawab Tengku Kamelia lembut.

"Sa?"

"Tssa" Tengku Kamelia membetulkan cara penyebutan Eshal.

"Oh~"

"Jangan 'oh'kan aje. Sebut balik" suara Raja Ummar di sebelah Tengku Kamelia terdengar tegas.

"T..Tss..Tssa.."

Pap!

"Aduh! Sakitlah ibu!" Menggelupur Raja Ummar saat rotan panjang milik Tengku Kamelia hinggap di daging pehanya yang hanya bersarung kain pelikat.

"Main jauh - jauh. Jangan kacau Eshal mengaji" tegas Tengku Kamelia. Dijeling anak keduanya tajam sebelum matanya berlabuh diwajah Eshal yang mengekek ketawa.

"Kau.. ketawa lah ketawa!" Tangan Raja Ummar naik mahu mencubit pipi Eshal tetapi segera dihalang oleh Tengku Kamelia.

"Bertuah punya budak! Eshal ada wudhu'! Pergi main dekat sana!" Tengku Kamelia menolak tubuh Raja Ummar ke arah gelangsar tiga yang terbuka luas, memaparkan kolam privasi mansion.

"Kau, Angel. Tunggu" Raja Ummar membuat isyarat jarinya yang ditarik ke batang leher seperti mengelar, bermaksud 'mampus kau lepasni'

Tidak dihiraukan dengan amaran Raja Ummar, Eshal menggulingkan bebola matanya. Entah apa yang lelaki ini tidak berpuas hati, ada aje benda yang tak kena.

Sedari tadi, Raja Maraya yang baru tiba mahu menjemput Eshal melihat karenah dua manusia itu. Kepalanya menggeleng.

"Kahwinkan baru tahu. Kan Mak Long?" dikerling sedikit ke arah Raja Ummar yang sudah mencabut songkoknya.

Wajah itu bertukar sedikit kendur dan.. memerah. Sah, memang sah lelaki ini ada udang di sebalik batu! Tengku Kamelia mengangguk setuju dengan kata - kata Raja Maraya.

"Jangan, kak. Jangan masin mulut kau" bisik Eshal ketika wanita berambut hitam pekat itu duduk di sebelahnya.

"Eh, apa salahnya—"

"Ini huruf apa, ibu?" Eshal segera memintas percakapan Raja Maraya. Lidi ditala pada satu huruf yang dia tidak kenali.

"Ini Jim."

"Jim apa? Jimin?" Seloroh Eshal.

"Haa tu lah kau. Mengusyar jantan cina je kerjanya. Al - Quran malas baca" bebel Raja Ummar dari luar rumah. Apa lagi lelaki itu tak berpuas hati?

"Diam lah Ummar! Ni iqra' bukan al Quran. Buta ke?" Balas Eshal dengan cerlungan mata yang garang.

"Sama je."

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now