| 34 |

11.9K 887 81
                                    





        SITUASI tegang di rumah banglo milik keluarga Raja Murad mula membuatkan hati si bongsu menjadi gundah. Apa penyebabnya? Ianya kerana si papa sudah mula membuka bicara soal perkahwinan Raja Maraya dan Dani Imran.

"Papa tak kira. Kalau boleh papa mahu adik dan abang Hadi berkahwin serentak. Kita raikan secara besar - besaran." Kata Raja Murad setelah lama Raja Maraya mendiamkan diri.

"T..tapi papa, adik tak cintakan Dani. Dan adik tak mahu settle down lagi. Adik tak sedia" jawab Raja Maraya. Tidak bertentang terus dengan anak mata milik Raja Murad, dia menunduk sedikit. Di dalam kepalanya hanya muncul wajah Farel yang kini sudah kembali ke Sabah menjalankan tugas.

"Tak ready? Adik, you are already 29. Abang Hadi tak apalah dia lelaki. Kahwin umur 35 pun masih laku. Adik? Bila dah masuk 30 siri, siapa yang mahu?"

"Papa, enough" Raja Hadi menghalang. Dia tidak berapa berkenan dengan ayat - ayat yang digunakan oleh papanya. Ia hanya membuatkan Mar semakin tidak berkeyakinan dan makan hati.

"Adik nak kahwin ataupun tidak, abang rasa biarlah dia yang buat keputusan sendiri. Ini soal hidup dan mati dia. Papa dan mama sepatutnya beri sokongan. Bukan mengatur hidup adik" tambah Raja Hadi lagi.

Mereka baru sahaja pulang dari rumah Nathalia setelah selesai menjalankan sesi merisik bagi pihak Raja Hadi. Mereka berancang mahu mengikat dua hati itu selama setahun melalui pertunangan, barulah mahu disatukan mereka di atas pelamin.

Kerana itulah soal perkahwinan Mar dan Dani tiba - tiba muncul sekarang. Dan nama Dani diketengahkan kerana Dani begitu nekad mahu mengahwini Raja Maraya.

"Abang, kita boleh cakap mudah sekarang. Papa dan mama buat semua ini untuk kebaikan adik. Abang bayangkan bila papa dan mama sudah tiada, abang sibuk dengan rumahtangga abang. Siapa akan uruskan adik? Bila tua, siapa akan jaga adik? Mahu mati seorang diri?" Selar Raja Murad.

"Adik boleh jaga diri sendiri" jawab Raja Maraya sekali.

"Adik tak boleh. Adik kena fikir panjang soal ini. Berkahwin itu penting. Lagipula ini kan sunnah nabi?" Pujuk Puan Asiah.

"Sunnah nabi tu banyak. Sunnah lain boleh aje kita buat tetapi kenapa perkahwinan juga yang mama dan papa mahu adik lakukan?" Soal Raja Maraya.

Sudah, dia begitu tak tahan dengan keadaan disini. Jika tidak difikirkan banyak jasa ibu dan bapanya sejak dia dilahirkan, dia mahu sahaja menjerit disini sekuat hati.

"Adik—"

"Mungkin, perkahwinan bukan salah satu bentuk rezeki yang adik terima. Tapi adik diberi rezeki dari segi lain. Jodoh adik masih tak sampai. Hati adik masih tertutup untuk berkahwin. Jadi, tolong. Jangan paksa adik"

Raja Maraya bingkas bangun dari duduk. Tidak naik ke tingkat atas, dia langsung melangkah keluar dari rumah orang tuanya, mahu pulang ke kondominium. Sesak nafasnya mahu berlama disini.


        KERETA Toyota Vios milik Raja Maraya selamat diparkir di kawasan perumahan tersebut. Jauh dari rumah yang dihuni Eshal Alaya. Hari ini, dia berjanji mahu membawa gadis itu berlatih Muay Thai. Biarpun bukan di markas, di gelanggang Tun Akob pun boleh. Telefon dikeluarkan, diperiksa notifikasi.

Eshal : 5 minutes, kak. Tengah bersiap.

Raja Maraya mencebik. Sudah dikata, dia mahu datang tepat pada pukul 8:30 malam. Kini, sudah pukul 8:40 malam tetapi batang tubuh Eshal masih belum kelihatan.

"Eshal, dia okay?" Soal Nadyne Sairish yang menemaninya malam ini. Raja Maraya berpaling, kepalanya diangguk sekali.

"Dia okay, yang tak okay tu Ummar. Setiap hari ada saja yang tak kena. Ini pun dia sibuk berulang - alik dari sini ke Sepanyol. Tenang sikit hidup aku. Setahun Eshal menghilang, tapi semangat dia mencari Eshal cekal betul" bebel Raja Maraya. Nadyne terkekeh kecil.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now