| 20 |

11.7K 1K 113
                                    


380 votes : update

KERETANYA elok memarkir di kawasan luar residensi mewah itu. Rambutnya dibetulkan sedikit sebelum membawa diri keluar dari perut kereta. Sekejap pun jadilah.

Lagi dua hari, dia bakal berangkat ke Turki semula. Asalkan dia dapat lepaskan rindu. Farel tak kisah. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti.

Setelah melepasi kawasan lobi, butang tingkat 10 ditekan. Sementara menunggu, Farel memeriksa telefon pintarnya yang sudah dua bulan tidak disentuh, ditinggalkan di kem.

Untung dia sempat mengecas telefonnya di dalam kereta. Ada lah saki baki dalam 30 peratus bateri telefonnya. Memadai untuk bertemu Raja Maraya.

Setibanya dia di tingkat 10, kaki Farel bagaikan mengetahui kemana tubuhnya mahu pergi. Laju sahaja dia membelok ke kiri dan menuju ke rumah yang paling hujung di koridor tersebut.

Senyumannya tersembul, dadanya menyesak dengan debaran yang entah kenapa muncul tiba - tiba. Rasa tidak sedap hati dan rasa teruja berkecamuk sehinggakan perutnya terasa seriau.

Loceng rumah dibunyikan sekali. Beberapa detik menunggu, ada orang yang membukanya. Disangka itu ialah Raja Maraya. Tetapi, sangkaannya meleset sama sekali.

Ianya Tina Felani yang muncul. Wajahnya begitu keruh, tetapi segera gadis itu menarik hujung bibirnya naik. Badannya dibawa keluar dari belakang pintu, mendedahkan tubuhnya yang memakai baju nipis dan seluar tidur separas peha.

Mar kata, dia seorang?

"Ya? Kenapa, Farel?" Soal Tina dengan senyuman nipis. Farel yang terkebil - kebil itu mula mengalihkan pandangan mata. Kekok dengan situasi sekarang. Entah kenapa, angin disini begitu tidak nyaman.

"Mar ada? Mar kata dia ada di rumah" soal Farel.

"Oh, kak Mar keluar sekejap. Dia suruh masuk dulu" ujar Tina sambil melebarkan pintu rumah, menunggu Farel memasuki ruangan. Berkerut dahi lelaki itu jadinya.

Mar? Suruh dia masuk? Biar betul?

"Tak apa. Aku tunggu dekat luar." jawab Farel lalu dia membawa diri ke koridor. Bersidai memandang pemandangan kota raya.

Sudah lama tidak pulang ke Malaysia, dia rindukan suasana di sini. Lebih lembab dan panas. Lebih banyak cinta berbanding bumi Turki yang penuh penderitaan masyarakat sekeliling yang menimpa bencana.

"Oh God." Tina mengeluh kesal. Wajahnya ditekup dengan kedua telapak tangannya.

Farel menoleh. Kenapa dengan gadis ini? Jujur, dia agak tidak selesa dengan kehadiran Tina. Lebih - lebih lagi dengan pemakaian mencolok mata begini.

Bukan silap gadis ini, memandangkan ini waktu tidur dan berehat bagi kebanyakkan orang. Tetapi, adab keluar bertemu tetamu masih perlu dipraktik. Tak boleh keluar senonong aje.

"Apa?" Soal Farel.

"Pergi dari sini. Kak Mar ada rancang sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa sebabnya. It's a trap"

Saat ini, detak jantungnya bagaikan terhenti lama. Dadanya terasa sempit, bersamaan dengan denyutan di kepalanya, berselang seli.

"Mana kau tahu?" Soal Farel separa berbisik. Wajahnya mula berubah tegang saat Tina bertindak untuk keluar dari rumah dan menutup pintu.

"Aku akan cerita. Tapi janji dengan aku. Apa - apa yang terjadi jangan cakap aku yang beritahu."

"Okay. Aku janji" Farel berkata yakin.

"Sebelum tu, tolong aku cari alat perakam suara di sekitar rumah. Aku rasa kak Mar ada pasang untuk dijadikan bahan bukti" bisik Tina.

Farel terkedu kata manakala Tina memandangnya dengan wajah yang sayu. Jujur, dia kasihankan Farel. Gamaknya, Farel tak terfikir sejauh ini Raja Maraya bertindak. Apa yang terjadi antara mereka berdua?

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now