| 38 |

11.4K 907 53
                                    



        SEKETIKA, tubuhnya berasa kejung. Bajunya yang masih bersimbah darah tidak ditukar. Tiada kudrat. Tatapan kosong Raja Ummar membawa hiba semua orang.

"Ummar? Kita balik ya? Ada Mar dan Farel boleh jagakan Eshal. Ummar balik, mandi, solat dan rehat dulu—"

Tidak sempat Tengku Kamelia menghabiskan kata - kata, gelengan kepala anaknya mendahului. Tiada suara yang keluar tetapi Tengku Kamelia tahu, keputusan anak lelakinya itu muktamad. Berganjak pun dia tidak bakal mahu.

"Nanti Eshal sedar, aku akan call kau terus, Ummar. Aku janji" pujuk Farel pula. Tetapi, masih sama jawapannya. Raja Ummar tetap menggeleng.

"Semuanya salah aku, Farel. Aku tak patut biarkan Eshal masuk sendiri dalam rumah tadi"

Bening matanya yang basah langsung tidak dihiraukan. Hatinya walang memikirkan Eshal yang bertarung nyawa di ICU. Kata Farel, Eshal tidak akan dipindahkan ke wad biasa jika tidak melepasi tahap kritikal.

"Tak, Ummar. Kau tak salah. Jangan fikir macam tu. Kalau Eshal dengar jawapan kau pun, dia tak setuju. Sekarang, kau kena rehat. Kalau kau tetap disini pun, kau langsung tak boleh jenguk Eshal."

Raja Maraya mendekatkan dirinya ke arah Raja Ummar. Cuba memujuk.

"We've got Calla Lily. Remember? Go, do your job" bisik Raja Maraya dengan senyuman sinis. Lengan Raja Ummar digenggam, menyalurkan kekuatan.

Tidak lama, wajah mendung tadi berubah menjadi tegang. Kedua - dua tangannya mengepal kuat mendengar sebaris nama itu.

Calla Lily.

Wanita inilah yang menjadi punca mengapa Eshal dikejarkan ke hospital. Musuh dalam selimut. Kawan? Wanita yang digelar Calla Lily itu memiliki nama indah. Calla Erdhea.

Tetapi, namanya saja tidak cukup untuk menilai seseorang. Erdhea sendiri merupakan assassin yang cukup gah namanya.

Ternyata, kedekatan Erdhea dan Eshal hanya wayang semata - mata. Erdhea diupah oleh Tengku Haziq untuk membunuh Eshal. Segalanya adalah rancangan Tengku Haziq!

Dalam diam, Farel menatap Raja Ummar dan Raja Maraya. Lama matanya memerhati tangan Raja Maraya yang menggenggam kejap lengan kekar Raja Ummar. Mereka begitu dekat. Begitu akrab. Terkadang, cemburu menerpa tanpa sebab kukuh.

Ah, jangan difikirkan sangat, Farel. Itu Ummar, sepupunya. Wajarlah Mar akrab dengannya. Dari kecil mereka membesar bersama. Malah, ketika Raja Maraya dihina pun, Ummar lah insan yang mempertahankan wanita itu di khalayak ramai.

Farel? Dialah yang menghina. Realiti ini menamparnya begitu kuat. Perlahan, kakinya dibawa ke arah pejabatnya.

Nampaknya, rancangan yang Raja Hadi cadangkan bakal menjadi kenyataan. Dia, benar - benar berjauh hati dengan Mar. Biarpun dia tiada hak, tetapi Farel tidak dapat menidakkan rasanya.

"Rel.."

Tidak sedar, Raja Maraya ternyata membuntutinya dari belakang. Tangannya mereka menjalar antara satu sama yang lain. Ibu jarinya digenggam lembut oleh Raja Maraya.

"You.. marah I?" Soal Raja Maraya berhati - hati.

"Tak"

"Jadi, pandang I"

Farel menoleh, tetapi tatapannya tidak biasa. Tidak hangat. Tiada perisa. Kosong.

"You marah I" ucap Raja Maraya perlahan.

"Apa yang kau tak puas hati lagi, Mar? Tell me." Suaranya. Raja Maraya terkedu mendengar betapa kosongnya melodi suara itu biarpun kosa katanya dihambur menggunakan bahasa yang difahami.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now