| 29 |

11.2K 908 123
                                    



        NUREEN Nathalia tersenyum kecil ke arah Farel Ziyan yang baru sahaja memasuki ruangan ER. Langkahnya diorak perlahan, sebelum Farel mengangkat tangannya tanda menyapa. Tetapi, mata bertatapan beku itu jelas sedang mencari sesuatu.

"Lama tak nampak, Farel? Macam mana luka? Dah sembuh?" Soal Nathalia berbahasa basi. Sejak kepulangan lelaki ini, bukan main payah mahu melihat kelibatnya di sini.

Biarpun Mejar Zharif berbuih mulut menyuruh Farel mengendali hospital ini, tetapi tetap sahaja Farel enggan. Katanya, kerja di hospital medan lebih menyeronokkan.

"Okay. Aku ada je. Busy sikit. Ni, aku dengar ada doktor transfer lima orang. Mana?"

Jadi, disebabkan ini Farel tiba tiba muncul disini? Nathalia mengangguk tanda menjawab pertanyaan Farel.

Lalu, Nathalia menunding jari ke arah seorang doktor perempuan berambut perang di kaunter. Nampak seperti sedang mencatit rekod ubat - ubatan yang habis.

"Itu doktor— eh, Farel?" Belum sempat Nathalia menghabiskan kata - katanya, Farel terlebih dahulu mendekati arah yang ditunjukkan. Besar kepalanya ketika wajah wanita itu tersenyum manis.

"Rel? You're come. I thought you—"

"Office aku. Sekarang" arah Farel dengan nada yang begitu dingin. Seraya itu, langkahnya juga dibawa laju ke arah bilik pejabatnya yang berada di hujung koridor.

Beberapa staff disitu sudah berpandangan sesama sendiri. Apa kaitan Doktor Farel dan doktor baharu itu? Doktor Brina Bailey.

Pintu ditutup rapat setelah dirinya menerombos masuk ke dalam pejabat. Jika mahu dikatakan takut, tidak juga. Brina lebih kepada teruja. Betapa sukanya dia ketika semua staff hospital menatapnya tidak lepas. Hanya kerana Farel memanggilnya masuk ke dalam pejabat.

Belakang Farel yang tegap dipandang dengan senyuman. Bukan mudah mahu masuk ke hospital ini. Pelbagai cara dia gunakan. Kabel, kelayakkan semua dia perjudikan hanya untuk bekerja satu bumbung bersama Farel.

"Yes, Rel?"

Hening. Lelaki itu masih menatap tingkap dihadapannya tidak lepas.

"Tuan. Call me Tuan. Kau tak sampai sehari dekat sini dah tak tahu adab denagn majikan? Siapa yang interview kau? Macam mana kau boleh lepas masuk ke sini?"

Dang!

Darah menyerbu ke wajah Brina secara drastik. Tegang benar keadaan sekarang sehinggakan oksigen yang tadinya terasa penuh kini mula bertukar menjadi toksik.

"S..sorry. T..tapi kita kan dah kenal—"

"Kenal tak memberi tiket untuk kau panggil aku guna nama sahaja. Manners, doctor Brina. Manners"

Tunduk, matanya lebih suka menatap lantai ketika itu. Wajah Farel yang menyinga mula berpaling ke arahnya. Dia tak kuat untuk bertentang mata lama - lama.

"Aku ni dah lama tak pukul perempuan. Jangan sampai kau perempuan seterusnya yang aku kerjakan sampai mampus"

Biarpun dia tidak pernah naik sekalipun tangannya kepada perempuan, Farel kisah apa? Brina mahu fikir dia dayus? Sejauh mana pentingnya tanggapan Brina kepadanya? Tak penting!

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now