| 27 |

11.3K 1K 62
                                    


470 votes : update

"RAD, mana Farel?!" Raja Maraya tidak mahu menunggu saat wajah Raden keluar dari ruang rawatan. Dia bagaikan mahu merempuh pintu, tetapi dihalang oleh Raden dan Raja Hadi.

"Sabar Mar. Farel okay—"

"How do you know? Dekat mana cederanya? Siapa yang tembak dia? Tell me!" Tegas Raja Maraya.

"He's fine. Kami dah berjaya keluarkan peluru dan Farel dikenakan beberapa jahitan. Sekarang, Farel cuma perlu berehat. Sepuluh jam atas helikopter gempur. Dan apa yang terjadi disana agak sulit untuk diberitahu umum. Kalau kau nak tahu, kau tunggu Farel dah okay sedikit? Tanya dia sendiri, okay?"

Mendengar itu, Raja Maraya pasrah. Dia hanya mampu mengangguk lemah biarpun hatinya memberontak mahu tahu lebih lanjut. Demi menghormati keputusan Raden, Raja Maraya mengundur beberapa langkah kebelakang.

"Tunggu dekat sini, Iman tengah cuci luka dia yang terbuka semula tu. Nanti doktor Brina akan escort kau orang. Aku kena settle kan beberapa perkara dengan orang atasan" bahu wanita itu ditepuk beberapa kali sebelum Raden mengangguk ke arah Raja Hadi di belakang. Lelaki itu turut membalas anggukan.

Kini, hanya tinggal seorang doktor wanita berambut perang dan gayanya seperti berkacuk tanah Eropah. Wajah wanita itu tidak begitu ramah. Kosong sahaja rautnya.

"You semua boleh balik dulu. I akan suruh Tuan Raden call you semua bila Rel dah sembuh. Sekarang, dia tak boleh berjumpa orang. Kena rehat" tona dingin.

Ini menimbulkan rasa tidak menyenangkan. Angin antara mereka sudah berubah tegang. Lagi - lagi panggilan Rel mula keluar dari bibir doktor wanita itu.

"I will stay. Tak kira berapa jam lamanya you semua tangani Farel. I. Will. Stay" tegas Raja Maraya.

Satu decitan halus muncul dari bibir doktor tersebut. Tersentak dengan perilaku itu, Raja Maraya membaca tanda nama di kot putih tersebut.

Doktor Brina Bailey.

"You semua akan menyusahkan staff jika berkumpul ramai ramai disini. Ini bukan hospital biasa. Ini hospital medan. Orang biasa tak patut ada disini." Tajam matanya menatap wajah cantik Raja Maraya.

Satu perasaan cemburu mula menguasai diri. Patutlah Farel gila bayang. Jika dikatakan model antarabangsa juga Brina akan percaya. Wanita ini berkilau dengan caranya tersendiri.

"And I believe that you're also an ordinary people. You're not a part of military medic, dear doctor" bidas Raja Maraya sekali.

Payah Brina menelan liur saat Raja Maraya sudah mengetahui status dirinya yang hanya merupakan doktor sukarelawan. Mana tidaknya, orang lain beruniform biarpun bersarung kot putih tetapi Brina tidak.

"Whatever you said, you must be Raja Maraya, am I right?" Tangan disilang ke dada.

Brina Bailey sinis menyabung tatapan mata dengan wanita dihadapannya. Tinggi wanita ini hanya sekitar 160 sentimeter. Tidak jauh beza dengannya. Senang untuk dia menatap terus ke wajah cantik itu tanpa perlu mendongak atau menunduk.

"Did Farel tell you? He might be obsessed with me since 11 years ago. God" Raja Maraya tersenyum sambil melekapkan tangannya ke dahi.

"Shut the fuck up! He's my boyfriend!" Jari telunjuk Brina naik tegas menunding di wajah Raja Maraya yang masih ketawa.

"Lady, do not curse to my sister—"

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now