| 39 |

11.8K 1K 107
                                    



500 likes : update

        RAJA Maraya berdiri tegak di hadapan pintu bilik pejabat Farel. Semenjak Eshal ditempatkan di hospital, sekali pun dia tidak bersua dengan Farel.

Ada sekali, dia dan Farel berselisih di tandas hujung lobi hospital. Tetapi, satu senyuman langsung tidak tercalit di wajah itu. Benar - benar berjauh hati gamaknya.

Raja Maraya berfikir dua hingga tiga kali. Mahu masuk ataupun tidak? Jika tidak, mahu dia ditempelak Raja Ummar. Lelaki itu sudah menyuruhnya berjumpa Farel untuk meminta borang discharge daripada ketua doktor.

Ramai - ramai manusia di dunia, kenapa dia juga Raja Ummar suruh?

Ketukan dipintu diberi jua. Mahu tidak mahu dia terpaksa bermuka tembok.

"Masuk" ucap Farel.

Seketika, wajah Farel yang tersenyum sinis mula berubah riak.

"Hi, Black Maria? Apa kau buat dekat sini?" Soal Tengku Harith. Ah, sial! Ada mamat jambu disini?

"Princess, come here. Kenapa datang masa masa macam ni?" Senyum Farel sebelum pehanya ditepuk, menandakan supaya Raja Maraya datang kearahnya.

Mata Raja Maraya sedikit terbuntang tetapi cepat sahaja dia menangkap maksud Farel Ziyan.

Action!

"Ah, er.. sayang. Saja datang. Rindu" sepatah - sepatah kalimat itu dituturkan.

Kakinya dituju kearah Farel Ziyan lalu berdiri tegak disebelahnya. Matanya sedikit dijenggil garang. Tanda dia tidak mahu Farel bertindak di luar nalar. Tetapi, lelaki itu bagaikan tidak faham. Langsung, pinggang Raja Maraya dipaut erat, menyebabkan Raja Maraya jatuh ke ribanya.

"Sial you Farel!" Bisik Raja Maraya tepat ditelinga lelaki itu. Saat itu juga, pinggangnya disinggahi cubitan Farel.

"Diam" Farel memberi amaran.

"Opps, sorry. My fault" ketawa manja Raja Maraya terdengar menyakitkan telinga Tengku Harith. Apa lagi agenda mereka?

"I kesini nak jumpa 'sayang'  I. You? Buat apa kesini? Siapa sakit?" Soal Raja Maraya. Bulu kuduknya sudah berdiri tegak merasakan tangan Farel yang mengusap belakangnya lembut.

"I sengaja datang melawat. Alang - alang singgah sini. I don't know you have boyfriend?"

"Fiancé" potong Farel. Senyuman ditayang kepada Tengku Harith. Ah sudah. Rasa nak hentak muka atas meja je sekarang ni.

"Kepala hotak you" sekali lagi Raja Maraya berbisik. Dia menayang sengihnya kepada Farel yang sudah merehatkan kepalanya dibahu Raja Maraya.

Ni berlakon ke ambil kesempatan? Jelas, wajah Tengku Harith kelihatan terkejut.

"I see. Tak jemput pun tunang" bibir dijuihkan.

"Tak penting. Kenapa nak jemput? Kan?" Bidas Raja Maraya dengan senyuman manisnya.

Tengku Harith cuba mengawal riak wajahnya. Dia berdiri, membetulkan tuxedo nya.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now