| 51 |

12.9K 1.3K 45
                                    



Sorry lah kita tak perasan dah lebih votes hahaha nah2. Cukupkan votes tau 🫶🏻 kalini kita alert.

700 likes : update

WAJAH setiap orang di bilik itu dipandang lama. Sesaat matanya berlabuh pada wajah Eshal Alaya, Raja Luqman menghela nafas berat. Apa mahu dibuat? Wanita ini sudah tidak sudi. Sudah menjadi milik adiknya.

"Eshal, are you sure? Eshal boleh buat? Abang agak ragu - ragu nak beri Eshal sertai misi kali ni" bicara dimulai.

Eshal mengangkat wajah. Tidak lama, kepalanya mengangguk yakin.

"Ini saja caranya. Kita semua tahu Tengku Haziq sedang memerhati saya. Tak salah kalau saya tawarkan diri untuk menolong. Lagipula, suami saya okay aje."

Dalam menyakinkan, sempat Eshal menyindir. Kenapa Luqman mahu risau beria? Raja Ummar sendiri tidak khawatir melampau begini.

Pelan mereka mahu mengumpan Tengku Haziq agar keluar dari tempat persembunyian. Caranya, membiarkan Eshal bersendirian saat Raja Ummar tiada dirumah.

Raja Ummar menjeling sedikit Eshal yang sudah tersenyum sinis. Budak ini, jika dihalang pun dia tetap akan paksa. Degil.

Semua orang sedang menunggu persetujuan Raja Luqman. Sejenak, Raja Luqman menghela nafas pasrah.

"Baiklah. Eshal boleh sertai. Tetapi, tolong jangan buat perkara di luar nalar. Jangan letakkan diri dalam bahaya. Sekadar provok sahaja. Physical attack bila diperlukan sahaja"

"You can trust me, King Luq. I know how to take care of my self" jawab Eshal dengan jelingan. Sungguh, dia sedikit rimas dengan panjang jela bebelan Raja Luqman.

"And trust me. He dig his own grave in hell if he touch my wife" Raja Ummar bangun lalu pistol yang ada di atas meja mula dimasukkan ke belakang seluarnya.

"Stick on our plan. Attack not killing. Let me kill him with my own hands. I want him to suffer a lil bit in hell that I created for him"

Amaran itu lebih ditekankan kepada Raja Laila yang tampak keras ditempat. Kerana apa? Raja Laila ditugaskan msnjadi silent killer/attacker pada hari ini.

Apa - apa ya g terjadi, Raja Laila si penembak tepat inilah yang akan bertindak.

Tegas seorang Raja Ummar memang ditakuti semua orang. Ianya memaksa mereka membungkam kata dan bersetuju dengan apa jua keputusan. Tambahan pula, ia melibatkan isterinya. Ikutkan sahaja.

Raja Maraya memandang Farel yang sedang menggilap pisau rambonya. Terlalu fokus sehingga dia tidak sedar akan tatapan Raja Maraya yang lama.

"Be careful, Rel" ujar Raja Maraya.

Farel mendongak, mengerling ke kanannya. Senyuman senget ditarik sebelum dia mencapai puncak kepala wanita itu. Diusap sayang.

"You too, princess." Ringkas jawapan itu mampu membuatkan Raja Maraya tersenyum. Rantai besi milik Farel masih berada di leher. Diusap seperti biasa. Tabiatnya.

"Suka betul kau dengan rantai tu. Sampai tak nak pulang balik pada aku" seloroh Farel dengan jelingan manja.

"Buruk siku. Dah bagi tu bagi ajelah. Mana boleh minta balik" Raja Maraya turut menjelingnya. Kemas - kemas rantai itu digenggam agar tersorok daripada pandangan Farel.

"Ini rantai besi aje, baby. Aku boleh gantikan dengan rantai lain. Mungkin emas ke? Nak?"

Farel menarik kerusi Raja Maraya agar menghadapnya. Rantai tadi turut diusapnya. Menilik lama setiap baris nama dan kata - kata yang ada di situ.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now