Special Chapter 2

8.5K 830 106
                                    


MALAM yang hening. Ditemani pendingin hawa yang berbunyi halus. Jibrael berhenti di tepi gelanggang tinju. Tepat di sebelah beg tinju yang sering digunakan oleh Raja Maraya. Bukan beg tinju itu yang dia lihat melainkan sekujur tubuh yang terlantar disebelahnya. Jibrael kerut dahi kehairanan.

Farel? Apa dia buat disini? Setahunya, Farel baru sahaja tiba dari Cambodia setelah menyelesaikan tugas kepada negara. Ataupun dia belum pulang ke rumah? Lalu kaki Farel dikuis perlahan.

"Oi pakcik kemboja. Kau kenapa tidur dekat sini?" Sempat Jibrael berseloroh tanpa berfikir.

Farel menjeling tajam. Tak lama dia bangun untuk duduk sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut.

"Ada halangan ke kalau aku nak tidur sini?" Jawapan sinis diberi. Pakej jelingan maut buat kali kedua.

"Gaduh dengan Mar lah tu." Jibrael menjuih bibir bersama senyuman mengejek. Dia berjalan ke atah gelanggang lalu mengambil tempat duduk. Seronok juga sekali sekala mengambil tahu hal rumahtangga orang.

*Sebab tu dia duda.* (AKU SENGAJA! SUMPAH AKU SENGAJA)

Tekak terasa payau mendengar nama Raja Maraya. Farel hela nafas berat. Entahlah siapa yang patut dipersalahkan. Mungkin salah dirinya.

"Mar tu sensitif betul."

"Apa dia buat?"

"Aku gelakkan dia sebab dia rindu aku." Bersungguh - sungguh Farel memulakan cerita. Mungkin, Jibrael akan mengerti rasanya. Jujur, dia keliru mengapa Raja Maraya boleh merajuk sampai ke tahap sebegini.

"Memang patutlah kau kena halau dari rumah." Jibrael menggelengkan kepalanya.

"Kau tak payah nak judge aku sangat. Aku tahu ni salah aku. Tapi aku pun terasa dia tendang aku jatuh katil!" Jari telunjuknya ditunding ke arah Jibrael yang baru sahaja mahu meneruskan sesi ceramah percumanya.

Maka dengan itu bergema suara ketawa Jibrael di ruangan gelanggang. Geli hati dengan cerita Farel.

"Kau kena tendang dengan bini? Kau memang gentle, Dragon," ejek Jibrael.

"Gentle tak gentle. Kalau bukan bini aku tu, dah lama aku sumbat dalam keranda." Farel melepaskan keluhan. Betul, kalau bukan sebab isteri mungkin sudah tamat riwayat Raja Maraya. Jika bukan kerana sayang, Farel mungkin tidak tentu arah begini.

"Sumbat dalam keranda konon. Aku risau kau yang menangis tak berlagu." Sindiran itu pas mengenai batang hidung sendiri. Membuatkan Farel mati kata. Jibrael sekali lagi menang dalam perdebatan ini.

"Kau teman akulah malam ni. Alang - alang kau dekat sini."

"Eh tak kuasa aku. Anak bini aku dekat rumah." Jibrael bangun dari duduknya. Dia mahu segera pulang.

"Kau memang kawan tak guna. Kau tunggulah waktu kau dengan Laila ada masalah. Jangan cari aku." Seakan merajuk, Farel memalingkan wajah ke atah lain.

Jibrael pula dihimpit rasa serba salah. Dia garu kepalanya yang tidak gatal. Tak lama, nafas berat dihela bersama jelingan malas ke arah Farel yang sudah bangun dari duduknya. Beg tinju yang berada disebelahnya ditepuk beberapa kali, keningnya juga menjongket ada makna.

"Sial punya Farel."

SUNYI ruangan itu. Raja Maraya jenguk kepalanya sedikit. Mengesan siapa yang ada di dalam ruangan gelanggang. Namun tiada sesiapa. Felis bersama anak patung merah jambunya ditarik agar memasuki markas.

Wanita itu bercekak pinggang sambil memerhati markas dengan wajah cemberut. Farel! Nak merajuk pun tidurlah dekat ruang tamu! Jangan sampai keluar rumah! Alamatnya, Raja Maraya yang tak senang duduk.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now