| 9 |

12.3K 814 44
                                    



FAREL menelusuri kaki lima kem. Wajahnya tidak seperti selalu. Satu senyuman kecil tak jemu menghiasi wajahnya sehinggakan ramai prebet - prebet memandangnya hairan.

Apa kena dengan Leftenan Dr Farel hari ini? Apa yang berlaku di Sabah selama sebulan dia disana? Jumpa jodoh orang Sabah kah? Dua orang prebet prempuan lalu disebelahnya. Satu senyuman lebar dilemparkan oleh kedua orang prebet tersebut. Menunduk sedikit ketika melepasi Farel.

"Tuan—"

"Kemana?" Tegur Farel ramah.

"L..latihan menembak, Tuan" jawab prebet yang memegang nama Raina. Hampir terkedu kata apabila Farel menegur mereka.

"Oh, hati - hati. Berlatih elok - elok" pesan Farel sebelum meneruskan jalannya menuju ke ruang rawatan.

"Weh, dia sakit ke weh?" Soal seorang lagi prebet yang bernama Farah. Raina menggeleng laju. Dia tak tahu.

"Mungkin lagi dua kali Jumaat" jawab Raina sambil menggelengkan kepalanya.

"Hm, make sense. Aku tak jumpa logik akal Tuan Farel boleh bertukar jadi peramah macam tu. Bakal arwah beku orangnya.. eh baik orangnya" seloroh Farah sebelum Raina menjenggilkan mata. Cakap kuat - kuat, kalau didengar Tuan Farel mahu dia orang kena sekolahkan tujuh hari tujuh malam dekat tengah padang kem.

Farel membuka pintu ruang rawatan.

"Assalamualaikum sahabat sahabat seperjuangan!" Laung Farel kuat sambil mendepa tangan.

Raden Qafli dan beberapa orang yang lain berpandangan sesama sendiri sebelum mata mereka memaku pada Farel yang masih mendepa tangan. Memejamkan mata dengan senyuman lebar.

"Mesti sebab Mar ni" gumam Raden dengan juihan bibir yang naik tinggi.

"Jawab salam lah sial" Farel mendekati Leftenan Dr Iman Solihin sebelum kepala bahu lelaki itu ditampar olehnya.

"Waalaikumussalam, orang terpaling Islam" balas Iman geram. Diusap bahunya yang terasa perih dek tamparan Farel.

"Uish, marah. Gurau sikit tak boleh. Hati tisu" kutuk Farel Ziyan sebelum iPhone nya diletakkan di atas meja.

"Happy Tuan Farel? Apa jadi?" Soal Cindy Wong. Salah seorang prebet yang bakal mengerah tenaga di bawah kor Kesihatan Diraja kelak. Ubat bius yang lengkap disusun mula diletakkan ke dalam bekas. Untuk bekal misi kemanusiaan nanti.

"Tak ada apa - apa. Aku happy pun salah?" Farel menjongket kening.

"Tak salah. Tapi tak selalu kau macam ni. Budak - budak ni semua dah ketakutan" jawab Raden.

"Takut kenapa pulak?"

"Sebab kau dah macam kena sampuk hantu. Senyum aje memanjang. Risau aku. Kalau ada sakit, jom aku bawa pergi berubat cara kampung" redas Iman.

Farel menjeling malas. Senyum salah. Tak senyum salah. Manusia, memang tak akan pernah berpuas hati.

"Cara nak berubat aku cuma satu cara aje" Farel tersenyum mereng. Tika itu, Farel menompang dagu, menarik senyum yang lebar sambil matanya merenung sfigmomanometer yang ada dihadapannya. Ah, Farel senyum lagi.

[C] Stella : The Glory of Black MariaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz