| 37 |

11.2K 890 78
                                    



"HADI?"

Farel mengintai sedikit ke dalam pejabat milik lelaki itu. Setelah meletak jawatan sebagai seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan, kini Raja Hadi mula berganding bahu bersama Raja Luqman dan Raja Maraya bagi menguruskan syarikat rekaan perabot milik ayahnya, Raja Murad.

Di dalam pejabat itu, ada Raja Hadi yang sedang menyiapkan kerjanya. Biarpun sudah tengah malam, lelaki itu masih bergadang di pejabat. Wajah mendung Farel dipandang hairan.

"Kau mimpi apa datang sini? Mar tak ada. Dia dekat rumah" ujar Raja Hadi. Matanya sambung fokus pada PC kembali.

"Aku cari kau bukan adik kau"

Hal itu berjaya membuat Raja Hadi kaget habis. Dadanya dipegang sedikit. Mahu sakit jantung mendengar jawapan Farel. Lelaki yang berbaju kemeja putih itu mula duduk di hadapannya tanpa dipelawa.

"Muka macam minta penampar aku je ni? Kau kenapa? Gaduh dengan Mar?" Tebak Raja Hadi.

Farel mengangguk. Tak jadi mahu menyambung kerjanya, Raja Hadi berpaling semula ke arah Farel yang termenung panjang.

"Betul kata kau, Hadi. Kau bukan penghalang terbesar aku untuk dapatkan Mar. Tetapi Mar sendiri merupakan cabaran terbesar aku. Aku hampir putus asa, Hadi"

Terpana sebentar mendengar itu. Raja Hadi mula membetulkan tubuhnya menghala ke arah Farel.

"I've warned you. Kau yang tak mahu dengar. Kau kata kau tak akan menyerah. Apa dah jadi dengan azam kau tu?" Sengaja mahu mengapi - apikan hati yang sudah mula memanas. Farel meraup kasar wajahnya.

"Apa.. aku kena buat Hadi? Tak ada cara khusus ke untuk lembutkan hati dia? Dia friendzone aku sial" luah Farel tak tertahan.

Tidak lama, tawa Raja Hadi memenuhi ruangan. Senak perutnya dek ketawa besar yang menggeletek hati. Inilah kali pertama dia melihat Farel begitu lemah.

Mar kau buat apa pada Farel?

"Mar tu nampak aje keras hati. Tapi aku tahu—"

"Tak payah acah - acah tahu. Hati dia memang keras! Jangan sampai aku plan tangkap basah lagi sekali, Hadi. Aku dah cukup fed up dengan istilah taaruf dia tu!"

Farel menarik geram rambutnya sendiri.

"Oi, sabar, sabar. Rambut dah handsome, jangan tarik - tarik. Duduk, kita bincang" pujuk Raja Hadi.

"Bincang apa Hadi? Dia reject aku buat kali ke entah keberapa! Bagitahu aku macam mana aku nak sabar?"

Raja Hadi mengetap jari di dagu, berfikir. Apa kelemahan adiknya? Tidak lama, senyuman tersungging diwajah kacak itu.

"Aku ada idea. Tapi kau pun kena keras hati sama. Sanggup?"

Farel menelan liur sendiri.

"Apa apa sahaja. Asalkan Mar jadi milik aku."


        BUNYI tambourin mula memecah suasana yang baru sahaja hening. Dengan mic ditangan masing - masing, Jibrael dan Vince bersedia mahu menyanyi.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now