| 18 |

11.2K 1K 89
                                    


360 votes : update

HENING di hadapan rumah. Koridor yang luas itu dipandang lama sebelum kakinya dibawa melangkah ke luar. Udara petang ini cukup segar dan menenangkan. Redup di luar menandakan hari sudah mahu senja. Angin turut bertiup separa kuat, menerbangkan rambut hitam panjang milik Raja Maraya.

Bersidai di koridor merupakan salah satu hobi Raja Maraya setelah pulang dari kerja yang menuntutnya untuk terperuk di pejabat dari pagi hingga ke petang. Biarpun suasana begitu nyaman, tetapi kepala Raja Maraya dipenuhi dengan pelbagai perkara yang di luar nalar.

Lama merenung bangunan pencakar langit berkembar yang menjadi mercu tanda di kotaraya, Raja Maraya menghela nafas berat. Ini, soal hatinya. Secepat inikah dia jatuh hati pada Farel? Sekali lagi? Dicuba untuk mengingat kembali perkara yang Farel telah lakukan selama beberapa bulan mereka bertemu.

Terlalu sedikit. Masih tidak cukup untuk dibandingkan dengan harga dirinya yang diinjak bagai tiada nilai. Mengingat setiap hinaan lepas membuatkan Raja Maraya mengacip giginya sendiri. Hati, kau terlalu rapuh!

"Mar.."

Ah, suara Farel. Suara yang sering dia rindui sejak kebelakangan ini. Sudah dua bulan berlalu, rasa rindu mengasak hebat dihatinya. Dia rindukan Farel separuh mati. Tetapi otaknya menghalang untuk terus mengakui itu. Tiada satu pun panggilan berkunjung di telefon pintarnya sejak pemergian Farel.

Cedera kah? Cukup makan dan rehat kah? Atau, masih bernafaskah? Adakah Farel menepati janjinya? Raja Maraya tidak pasti. Yang pasti, hati dan otaknya saling bertelagah untuk membuat keputusan terhadap dirinya.

Telefon pintar dicapai dari poket seluarnya. Ada pesanan ringkas daripada Eshal yang kini menetap seketika di Pulau Tioman. Rumah atuk dan wan gadis itu. Cuti - cuti Malaysia katanya. Mungkin, Eshal dan Raja Luqman seronok bermain jetski di sana. Argh! Kenapa aku tak ikut sekali?!

"Kak Mar?" Suara halus itu menampar cecuping telinga. Segera Raja Maraya menoleh kebelakang.

Nadyne Sairish. Gadis genit itu berwajah kosong, bermata hazel yang begitu indah. Baru berusia 23 tahun, tetapi gayanya begitu matang dan langsung tiada tahu erti takut pada apa apa.

Nadyne merupakan salah seorang ahli di kelab Kuda Hitam milik Tun Akob, dimana tempat Raja Maraya menuntut ilmu Muay Thai. Jika mahu berdebat soal kekuatan, Nadyne dan Raja Maraya tidak tahu siapa yang lebih handal. Mereka memutuskan untuk tidak mengambil tahu. Kenapa mahu bertarung sesama sendiri? Mereka sudah bagikan isi dan kuku.

Bukan sekejap mereka menghabiskan masa berdua. Sejak Nadyne di bangku sekolah lagi. Gadis ini begitu tinggi azamnya untuk tumbuh sebagai gadis kuat dan berani. Sedang kan dirinya sendiri? Perlu dipaksa. Perlu lakukan demi papa. Bukan atas kehendaknya. Itu, beza Raja Maraya dan Nadyne Sairish.

"Aku balik kolej malam ni. Dalma seorang disana. Lagipula, esok kami ada tournament sukan fakulti" ujar Nadyne Sairish. Sudah seminggu lamanya Nadyne di rumah Raja Maraya atas sebab menjalani projek program nya. Urban design and landscape architecture. Rumah Raja Maraya merupakan lokasi sesuai untuk dijadikan site location. Kita kena memanfaatkan peluang yang ada. Itu baru guna ada kawan.

"Hm, baliklah. Kau pun bukan aku jemput datang" jeling Raja Maraya sebelum satu kekehan kecil muncul di bibir Nadyne. Dia mendekati Raja Maraya yang masih bersidai di koridor, berdiri di sebelah wanita itu.

"How's your relationship? Okay?" Soal Nadyne dengan senyuman senget. Tanpa sedari, Raja Maraya turut tersenyum sinis sekali pakej dengan ketawa perlahan.

"Nad, you know too much" kepalanya digelenggkan. Nadyne, terlalu fasih dengan bahasa wajahnya. Dengan sekali pemerhatian, Nadyne sudah dapat meneka apa yang bermaharaja lela di hatinya.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now