| 57 |

13.7K 1K 108
                                    



FAREL Ziyan menghulurkan lengannya ke arah Raja Maraya. Isterinya itu cantik berdandan. Rambutnya kemas disanggul, ada juntaian rambut di tepi wajah. Solekannya tampak lembut diwajah manis itu.

"Abang, how do I look?" Soal Raja Maraya. Dia tidak sempat menelek dirinya lama- lama di cermin kerana gesaan mama. Ini padahnya membuat majlis nikah dan majlis sanding pada hari yang sama!

"Let me see" Farel dan Raja Maraya saling berhadap. Masih ada masa untuk betulkan apa yang patut. Pintu dewan masih tidak dibuka lagi untuk acara ketibaan mempelai.

Farel memerhati wajah Raja Maraya. Tiada cacat cela baginya. Cantik dan akan sentiasa menjadi igauannya.

"You're the most beautiful woman that I ever seen in my life. I called you gorgeous for reasons" tanpa meleraikan tautan mata, Farel mencium tangan Raja Maraya.

Dug!

"I dah pakai blusher tau. Jangan tambah blusher I please" bibir sendiri digigit. Matilah dia! Baru setengah hari menjadi isteri kepada Farel Ziyan, pipinya tidak berhenti memerah dek kata - kata suaminya sendiri.

"That's my job. I love to see your cheeks turning red, baby."

Hidung Farel berlaga perlahan di pipi Raja Maraya, mengundang rasa tegang di sekitar perut wanita itu.

"Stop it, abang. My toes curled up like crazy" bisik Raja Maraya dengan rasa segan yang kian menggila.

"Gotcha, abang dah tahu macam mana nak buat Mar gila" satu lekapan bibir mula singgah dilehernya.

"Farel Ziyan, I'm warning you. I swear to God if somebody sees us"

Farel terkekeh kecil. Pakaian rasmi istiadat bagi perkhidmatan beruniform miliknya itu dibetulkan sedikit sebelum bibirnya disua ke arah telinga Raja Maraya kembali.

"Sambung lepas habis majlis. Mar dah jadi abang punya. Hak milik abang sepenuhnya" lekap satu lagi ciuman di telinganya, Raja Maraya hampir menjerit. Segera bibirnya ditekup. Matanya mula memanas kerana perut terasa mengecut.

Tak sempat membalas kata, pintu dibuka oleh Eshal dan Raja Laila selaku brides maid.

"Jom" Farel berkata.

Kaki mereka melangkah bersama. Perlahan dan santai.

"Careful, princess. Nanti tersadung dress. So hold me tight" pesan Farel sambil menarik tangan Raja Maraya agar melingkari lengannya kemas - kemas.

Berkerut dahi Eshal dan Raja Laila melihat wajah Raja Maraya yang diumpama tertelan cicak.

"Senyum lah bodoh" bidas Raja Laila sekali. Segaris senyuman paksa dilorek, memaksa Raja Maraya yang terkedu kata itu turut senyum.

Segaris senyuman janggal ditayang kepada Raja Laila. Namun hatinya berdebar hanya Tuhan yang tahu. Fuh, suaminya gila! Tak menyangka lelaki beku ini begitu arif tentang selok belok hatinya. Seperti penggoda professional!

Alunan musik diputar, sesuai dengan suasana majlis mereka yang terlihat gah. Bagaikan merekalah raja dan permaisuri pada malam itu.

Di laluan sebelum tiba ke arah pelaminan, ada dua barisan tentera yang memegang pedang di tangan masing - masing. Inilah upacara istiadat kepada tentera ketika perkahwinan.

Sword Bearer.

Satu per satu pedang mulai jatuh ketika pasangan mempelai melepasi mereka. Sehinggalah Farel dan Raja Maraya mulai tiba di singgahsana, Farel naik terlebih dahulu lalu membantu isterinya untuk naik ke platform yang bertangga tiga tersebut.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now