| 58 |

14.6K 1K 110
                                    



DI dalam sebuah villa yang terletak di pinggir pantai, berhadap langsung dengan pemandangan senja di tepi kolam renang privasi villa tersebut. Raja Maraya senyum saat kocakan air di kolam renang mula terdengar. Tanda Farel sudah mula berenang.

Tidak mengambil pusing soal berbulan madu, mereka lebih suka meluangkan masa bersama daripada melancong dan keluar dari rumah. Jadinya, Port Dickson menjadi pilihan mereka.

Rambutnya yang bergerai tadi mula dijambak, pengepit rambut dicapai lalu rambut separas pinggang itu kini terletak elok di dalam cengkaman pengepit tersebut.

"Dah senja baru nak berenang. Tadi tak mahu" tegur Raja Maraya. Kakinya mula memasuki air kolam yang separa sejuk. Cukup merendam kaki sahaja. Dia tidak mahu membasahkan tubuh.

Farel timbul di permukaan air. Mencari sosok tubuh si isteri. Dia menarik senyuman sinis sehingga giginya terpamer ketika dia berpaling ke arah Raja Maraya.

Ah sudah!

"Abang, jangan!" Raja Maraya memberi amaran.

"Baby ~"

Farel mula mendekat Raja Maraya yang kelihatan cemas. Segera kedua dua kakinya dibawa keluar daripada kolam.

"Alah, abang ni! Janganlah! I tak mahu basahkan baju ni" tangannya kejap memegang tangan si suami yang mahu menariknya.

"Kenapa tak mahu basahkan? Mar bawa baju banyak kan? Abang tengok satu luggage tu semua baju Mar" kerutan didahinya tidak membuatkan senyuman Farel luntur. Air kolam yang terasa berat diwajah mula diraup perlahan.

"Ini baju untuk kita movie night sekejap lagi. Jadi, jangan macam - macam" dicerlung garang matanya ke arah Farel.

"Wow, baju ni? Tak jadi tengok movie lah. Kita duduk dalam bilik je" seloroh Farel.

Wajah cemberut Raja Maraya mencuit hatinya. Farel mula tertawa dan ianya mula mengundang senyum Raja Maraya kembali.

"Abang, look. Cantik tak?"

Raja Maraya berdiri sedikit jauh dari pinggir kolam. Tubuhnya diputarkan sekali dengan senyuman lebar.

Baju satin yang berwarna merah darah. Bukan tidak pernah ada baju sebegini. Tetapi, ini pemberian daripada Farel sendiri. Dan ianya khas untuk tatapan Farel sahaja. Kerana potongannya begitu menonjol di beberapa bahagian tertentu dan semestinya, Farel tidak akan mengizinkan dia memakai baju begini di luar.

"Gorgeous. Sexy. Perfect"

Melihat si isteri yang tersenyum simpul, Farel mula menghulurkan tangannya ke arah Raja Maraya. Mahu naik dadi dasar kolam.

"I tahu taktik you, abang. I tak akan tertipu. Pandai terjun pandailah naik sendiri" lidah dijulur keluar dari mulut, mengejek.

"Trust issue kau bukan main teruk ya, princess" jelingan tajam manja diberi oleh Farel. Dengan mudah, Farel naik ke birai kolam. Digelengkan sedikit kepalanya agar air daripada rambut turun. Tuala yang sudah dicapai oleh isterinya itu diambil.

"Let me do it" pelawa Raja Maraya. Rambut basah Farel itu diletakkan tuala ke atasnya. Lembut ia diurut dan dilap sehingga separa kering.

Ada peluang untuk menatap wajah isterinya, Farel membisu denagn panahan mata yang menggelap. Liar matanya menyisip setiap raut wajah manis itu.

"Princess?"

"Hm?"

"Wanna kiss?"

Dug!

Raja Maraya terkedu. Kenapa tanya? Kenapa?!

"N..nak"

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now