| 33 |

11.7K 1K 126
                                    


490 votes : update

        LAMA mereka menunggu di dalam kereta. Mata masing masing melilau ke sana dan ke sini. Manalah tahu jika Jibrael dapat mengesan keberadaan mereka? Lelaki itu sangat peka. Lagi lagi apabila Raja Maraya sudah membuang tracker pada telefon dan kereta Eshal.

"K..kita tunggu siapa, kak?" Soal Eshal setelah lama berdiam diri. Mereka berada di kawasan perlabuhan. Menghadap langsung ke arah laut di pelabuhan Klang.

Jangan kata Kak Mar nak eksport aku ke negara luar! Jangan kak!

"Itu, dah sampai" segera pintu dibuka oleh Raja Maraya saat satu helikopter mula mendekati kawasan lapang perlabuhan.

"Jangan keluar selagi aku tak suruh." Pesan Raja Maraya. Eshal yang mengerti segera menganggukkan kepala. Lantas, Raja Maraya bergerak ke arah sosok lelaki berlitup wajah dan berpakaian serba hitam yang baru turun dari helikopter.

"God, Raja Maraya. What the hell are you doing? Mana Eshal?"

Farel. Pelitup wajahnya masih tidak dibuka. Risau jika ada sesiapa yang mengecam. Bagai mahu meletup dadanya ketika Raja Maraya menceritakan apa yang terjadi. Yang membuatkan dadanya mahu meletup, wanita ini sendiri yang mahu mencari ulah dengan membawa lari Eshal.

"Ada di dalam kereta. I tak kasi dia keluar" jawab Raja Maraya sambil menunding jari ke arah keretanya.

"Princess, kenapa bawa kereta Eshal? Kalau dia orang tahu macam mana?" Suara Farel cemas, tangannya memegang kemas kedua - dua bahu Raja Maraya yang tampak gelabah.

"I have no choice. Lagipun, I dah cabut tracker pada kereta Eshal. Jadi, masa untuk dia orang cari kita akan dragged. Now, kita kena cari tempat untuk Eshal tinggal sementara waktu"

Hening. Masing - masing sedang berfikir caranya.

"Apa kata kalau Eshal ikut you pergi Sabah?"

"Eh, kau gila ke princess? Dekat sana semua lelaki. Lagipula, Eshal tengah belajar. Kalau ke Sabah, pelajaran dia?"

"Habis tu, kalau dia duduk disini? You rasa lepas ke Eshal berkeliaran di luar? Silap - silap Ummar bunuh I tau!"

Kuku sendiri digigit tanda Raja Maraya sedang gelabah tak tentu arah.

"Jangan gigit kuku, princess. Tak elok" kedua dua tangan Raja Maraya selamat memasuki genggamannya.

"Macam mana ni, Rel? I kesiankan Eshal" matanya terpejam erat saat jari Farel mengusap kekuranya lembut.

"Aku ada satu cara. Tapi aku tak sure kalau ada orang menyewa disitu atau tak. Sebab tu aku balik untuk check"

Mata Raja Maraya bersinar. Membulat.

"Dekat mana?"

"Seremban. Itu kawasan rumah tentera tetapi bukan yang goverment punya. Cuma, orang panggil kawasan rumah tentera sebab ramai tentera yang dah berkahwin tinggal disana. Itu rumah yang abah sewakan kepada orang"

Raja Maraya mengangguk faham.

"Okay? Nak check dulu?" Soal Farel.

"Okay lah daripada tak ada. Lagipun Seremban bukan kawasan familiar Black Angels"


        "INI kunci rumah. Make sure kau selalu kunci pintu dan jangan bagi sesiapa yang tak dikenali masuk. Ini rumah aku, faham?"

Segugus kunci mula beralih tangan. Eshal mengangguk faham. Sekali, di mendongak memandang Farel dan Raja Maraya disebelah.

"Thank you. Aku tak akan lupa jasa kau orang. Aku janji aku bayar sewa rumah" ujar Eshal.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now