| 24 |

11.3K 976 96
                                    




450 votes : update


"CUT"

"Cut"

Farel menyudahi jahitannya dengan sempurna. Matanya menyepet kerana tersenyum saat Mejar Raden Qafli mengangguk tanda dia sudahpun mengakhiri pembedahan dengan sempurna.

"Bacaan nadi macam mana?" Soal Raden pada Doktor Brina yang tampak ralit mengusap kepala kanak - kanak yang dibedah tadi. Doktor Brina mula memandang defribillator.

"Tekanan nadi stabil. Oksigen sahaja yang agak kurang stabil. Bawah bacaan 96 peratus. Jadinya, this kid masih perlu bergantung pada napping. But so far so good" senyum Doktor Brina.

"Good. Now, selesaikan apa yang patut. Farel. Ikut aku" arah Raden.

"Baik, Tuan" menabik hormat pada Raden dan Farel, mereka semua mula bertugas seperti biasa. Sempat Farel mendekati kanak kanak perempuan yang masih dibius penuh.

Kakinya terpaksa dipotong akibat gempa bumi yang terjadi malam tadi. Untung saja, pasukan penyelamat dapat mengeluarkan dia daripada timbusan bangunan.

"Good girl. You did it. Thank you for being such a strong girl" rambut keriting anak itu diusap lembut sebelum satu anggukan diberi kepada Doktor Brina yang ada di hujung kepala budak perempuan itu.

"Take care of her. Aku akan cuba slow talk dengan ibu dia" ujar Farel perlahan.

"Baik, Rel"

Mendengar itu, Farel mengejung.

Rel.

Nama panggilan yang digunakan oleh kebanyakkan orang yang Farel akrab tetapi hanya akan terdengar istimewa ketika nama pendek itu melantun di bibir seorang wanita bernama Raja Maraya. Farel mengerdip matanya sekali.

"Farel. Farel is better." Ujar Farel sedikit tegas. Doktor Brina mendongak memandang Farel yang baru sahaja mahu keluar dari ruangan bedah. Hairan.

"Kenapa? Raden boleh panggil you Rel. Kenapa I tak boleh?"

Sebelum sempat sosok tinggi lampai itu menghilang, Doktor Brina Bailey sempat bertanya. Doktor sukarelawan itu berkacuk darah orang putih, bermata coklat cair dan berambut semula jadi perang.

Farel berhenti melangkah. Sekali dia menoleh ke arah Doktor Brina, dia tersenyum kecil.

"Call me Farel or Tuan. Your choice" setelah melihat wajah kelat milik Doktor Brina, Farel berpuas hati. Langsung, ruangan itu ditinggalkan.

Raden yang melihat Farel berjalan melepasinya, Raden hanya menggelengkan kepala. Bukan dia tak dengar perbualan Farel dan Brina Bailey tadi. Lagipula, siapa yang tak tahu bahawa Brina sudah lama mahu mencuba nasib menjadi seseorang untuk Farel? Orang bodoh sahaja yang tidak tahu.

"Yang dikejar si hitam manis, tetapi yang mengejar si puteri salju." Seloroh Raden sambil menarik kerusinya untuk duduk. Farel menjeling tajam.

"Datang lah putih transparent sekalipun, tak akan boleh gantikan Mar" dingin Farel menjawab.

Dibuang kasar pelitup muka ke dalam tong sampah kuning lalu medical scrub suit ditanggalkan dari tubuh. Raden tertawa. Geli hati. Tetapi, dia bersetuju dengan jawapan Farel.

"Dah lapan bulan. Apa cerita? Memang bayar denda aje ke?" Soal Raden berhati hati. Kepulangan Farel ke pangkalan di Turki ini memang menggemparkan seluruh hospital medan.

Cerita tentang Leftenan Dr Farel Ziyan ditangkap basah sudah tersebar. Tetapi, tiada sesiapa pun yang berani bertanya tentang kesahihannya. Lebih lebih lagi, Raja Maraya dikatakan datang menjenguk Farel di tapak pendaratan helikopter lapan bulan lepas makin membuat mereka tertanya tanya. Apa yang terjadi sebenarnya?

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now