| 45 |

13.7K 943 76
                                    



PENAMPAL luka diambil lalu dengan berhati - hati, Raja Maraya menempelkan ia di leher Farel yang terluka.

"Tsk" ringis Farel perlahan.

"Sorry. Sakit ya?" Raja Maraya memandang wajah Farel yang menahan sakit. Berkerut dahi itu membuatkan Raja Maraya sedikit gusar.

Pak!

"SAKITLAH SIAL— eh Hadi.." Baru sahaja Farel mahu membalun siapa yang menampar belakang kepalanya. Tetapi ketika wajah serius milik Raja Hadi yang menyapa mata, Farel terkedu kata.

Belakang kepalanya digaru sedikit ketika Raja Hadi menjelingnya tajam. Sengihan kekok turut dipamirkan.

"Kau sialkan aku Farel?" Raja Hadi menduga.

"Eh, takdelah. Aku cakap sakitlah Shila! Ha" Farel lekas - lekas membetulkan ayat. Bahu Raja Hadi ditepuk sekali dua ketika lelaki itu memincing matanya halus.

"Aku lepaskan kau sebab kau bawa adik aku balik dengan selamat. But, I'm watching you. Jaga tangan kau, jaga mata kau. Aku ni hidup lagi tau" Raja Hadi memberi amaran. Sekilas, Raja Maraya yang menahan tawa itu turut dijelingnya.

"Kau pun sama. Aku tahu kau buat kerja bodoh macam hari tu lagi, aku ikat kau dekat pagar rumah. Nak panjat tembok sangat kan?"

Raja Maraya mencebik. Apa kena dengan abangnya malam ini?

"Kau kenapa, abang? Nat merajuk dengan kau ke?" Raja Maraya bermain serkap jarang. Sekali, tubuh Raja Hadi mengeras, langsung dia memandang Raja Maraya dengan wajah kelat.

"Kisah pula kau? Bukan ke semenjak dua menjak ni kau dah lupakan aku? Kau kan sibuk dengan boyfriend baru kau ni?" Raja Hadi menarik muka. Merajuk.

"Oh~ masa kau ada girlfriend, kau lupakan aku, aku tak pernah cakap apa - apa. Bila aku ada boyfriend, kena palau sikit kau pandai nak terasa ya?" Raja Maraya mencekak pinggang, berdiri di hadapan Raja Hadi yang menjuih bibir.

"Kata, kau ada aku je dekat dunia ni. Sekali Farel datang, habis janji kau pada aku. Huh, tak mo kawan!" Raja Hadi menolak sedikit tangan Raja Maraya yang baru hinggap dilengannya.

"Abang, kau dah tua lah! Hodoh betul bila kau merajuk!" Raja Maraya masih berusaha menarik tangan Raja Hadi. Habis dipenyek wajah Raja Hadi dengan kedua telapak tangannya tanda memujuk.

"Apa hal tu? Tak pernah aku nampak Hadi macam tu?"

Raja Luqman yang baru tiba di bilik kebal menegur Farel. Naik hairan dia melihat muncung panjang Raja Hadi yang menghadap dinding.

Farel mengangkat bahu, hanya mampu memerhati Raja Maraya yang sudah memeluk Raja Hadi dari arah belakang.

"Uish, Mar pakai kebaya? Kau orang dari mana? Dia bantai mamat - mamat tu pakai kebaya ke gila?!"

Raja Luqman melongo. Dari atas sehingga ke bawa dia memerhati Raja Maraya. Pakej kasut tumit tinggi, rambut yang didandan cantik dan berselendang dibahu. Memang macam perempuan melayu terakhir. Baru dia perasan akan padanan kebaya hitam di tubuh langsing itu.

"Dari makan malam renjimental. On the way balik dua samdol tu buat hal. Memang menempah maut" Farel menjuih ke atah dua lelaki yang diikat di penjuru bilik kebal. Masih pengsan.

"Aku ingat si bodoh tu tahu panjat tembok kem tentera je. Aku pujilah dia untuk kali ni." Raja Luqman menjuih bibir pula.

"Baru kau tahu princess aku macam mana. Slay tak slay" Dengan bangga, Farel menepuk dada sendiri. Keningnya terjongket keatas beberapa kali dengan sengihan.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now