| 41 |

13.7K 991 111
                                    




LAMA Raja Maraya memerhati sisi wajah Farel yang tekun membaca artikel di PC. Wajah itu dingin. Ada kerutan di dahi sedikit. Tanda dia sedang fokus. Sudah menginjak pukul dua pagi. Matanya masih tidak disinggahi kantuk.

"Princess, kau tak mengantuk ke? Atau kau nak aku hantar kau balik kondo?" Soal Farel tanpa memandang ke arah Raja Maraya.

"I tak mengantuk. Tak apa. Teruskan kerja you." Jawab Raja Maraya. Selimut kecil yang diberi oleh Farel tadi dipeluk kemas sebelum kepalanya dibaringkan di atas meja. Tak lepas matanya menatap Farel.

Farel senyum. Lekas telapak tangan besarnya menutup mata Raja Maraya.

"Kau buat aku malu."

Terasa wajahnya membahang ketika ditatap Raja Maraya. Farel senyum simpul. Perutnya juga bersimpul urat melihat bibir Raja Maraya yang tersenyum biarpun matanya masih ditutup.

"Malu - malu pula. Terkam kang" seloroh Raja Maraya.

"Sembang." Cantas Farel. Berlaga mata sahaja Raja Maraya tak betah. Lagi mahu menerkam dia? Farel berani kerat jari yang Mar tak ada kekuatan untuk lakukannya. Mar pemalu!

"You lah mengajar. Sembang you kalah orang menjaja minyak. Semua nak nampak wow" balas Raja Maraya sambil menarik tangan Farel yang masih setia menutup matanya.

Farel memberi jelingan lalu bebola matanya diguling malas. Tekun dia mengelola tetikus sambil membaca.

"You sayang I banyak mana? Cuba describe"

'Hai, dia dah mula dah'

Soalan rambang dituju. Farel berfikir sejenak. Nampaknya tak jadilah dia nak buat research malam ini.

"Titisan hujan pun tak boleh lawan nilai cinta aku pada kau, baby."

Berkerut dahi Raja Maraya. Segera tubuhnya dipeluk kemas.

"Berguru dengan Hud ke apa you ni?" wajah Raja Maraya dipandang sekilas. Gayanya benar - benar geriap dengan ayat tidak berapa puitis miliknya tadi.

"Eh, mana kau tahu ni, princess? Kau stalk aku ya?" Usik Farel dengan mata yang sedikit meluas. Sengihannya merekah apabila Raja Maraya turut terkejut dengan pengakuannya.

"You.. ambil kelas sastera dengan Hud?" Polos soalan itu dikeluarkan. Seingatnya, Hud bukan pensyarah bahasa melainkan pensyarah yang berkaitan tanah, pokok dan landscape planning.

"Aduh, Mar. Jangan bendul sangat. Aku bergurau aje. Tak ada masa aku nak ambil kelas sastera dengan mamat tu."

"Cis, bendul ya? Kita tengok orang tu boleh hidup tak dekat Sabah nanti bila si bendul ni tak ada" senyuman sinis terjongket bersama dengan kening kirinya. Mengejek.

"Betul tu betul!" Suara Raden menyahut dari muka pintu pejabat. Dia masuk ke dalam ruangan itu bersama Iman dan Farish. Masing - masing membawa mee segera secawan seorang.

"Farish ada? Hi!" Raja Maraya melambai tangan ke arah Farish yang sudah tersengih.

"Kau lambai dia buat apa? Nanti dia suka kau macam mana?" Farel menarik semula tangan Raja Maraya agar turun. Kemas - kemas dia menggenggam tangan itu.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt