| 36 |

11.3K 896 67
                                    



        KUNCI rumah ditala pada lubang kunci. Selamat pintu dibuka, Raja Maraya berhenti menguak pintu. Kepalanya menerawang kepada kejadian di rumah Farel tadi. Lelaki itu tidak seperti selalunya. Semua yang berlaku berpunca daripada harapan yang diberi. Terlalu menggunung.

Beberapa detik dia termenung di situ, tiba - tiba tubuhnya didorong masuk secara paksa oleh seseorang.

"Hey! Kau dah kenapa ni?!"

Wajah bengis Raja Ummar dipandang dengan riak terkejut. Lelaki itu mula menariknya mendekati sofa ruang tamu. Tubuhnya ditolak sedikit sehingga terduduk di atas sofa.

Untung saja Raja Maraya tidak menyiku wajah lelaki ini. Jika tidak, naya.

"Ini apa, Mar?" Dilempar beberapa keping gambar yang ditangkap oleh Darren tidak lama sebelum ini. Beterbangan foto - foto itu di atas lantai dan sofa.

Gambarnya bersama Eshal Alaya yang elok bertudung pada dua minggu lepas menjadi hiasan mata. Seketika, tekaknya terasa perit mahu menelan liur sendiri.

"M..mana kau—"

Dang!

Tidak sempat Raja Maraya menghabiskan kata - katanya, terlihat Jibrael keluar dari bilik Eshal dengan membawa kotak misteri yang sering diterima Eshal selama setahun ini.

Ianya berisi surat layang dan ugutan bunuh yang datang daripada Rosalind sendiri. Dihantar khas kepada Eshal. Tidak cukup dengan itu, dihantarnya pula pembunuh upahan untuk menghabiskan nyawa gadis tidak bersalah itu.

Sadis. Apa salah Eshal?

"Aku jumpa dalam bilik lama Eshal. Kak Mar, apa ni?" Soal Jibrael, turut tidak berpuas hati. Jadi, Mar lah dalangnya?

"Kau.."

Tangan Raja Ummar menarik belakang leher Raja Maraya. Lebih tepat, kolar kemeja milik wanita itu ditarik agar dia berdiri.

"Ampun! Ampun, Ummar! Jangan bunuh aku!" Kedua - dua tangan itu bergesel sesama sendiri sambil matanya tertutup rapat.

"Angel hampir kena bunuh kau tahu tak?! Sekarang ni kau nak minta ampun dengan aku?! Kalau jadi apa - apa dengan Angel aku, kau nak bertanggungjawab?!"

Suara Raja Ummar naik seoktaf. Terkelip - kelip mata Raja Maraya memandang riak garang di wajah lelaki ini. Sekali, kolarnya dilepaskan secara kasar. Hampir terduduk Raja Maraya dibuatnya.

"Jangan marah aku.." tersebik wajah wanita itu, haru dibuatnya. Raja Ummar memejamkan matanya, mengumpul sabar.

"Aku kasihan kan Eshal. Kau tak pernah rasa macam mana rasa dihina orang yang kau sayang, Ummar—"

"Kau kasihankan Angel tapi kau tak kasihankan aku yang menunggu jawapan dia lebih dua tahun ni? Kau tak kasihankan nyawa Angel yang hampir melayang? Mar, use your brain! Ada sebab kenapa aku tak mahu Angel berjauhan daripada kita semua!"

Membungkam. Kepala Raja Maraya menunduk sekali lagi. Keluhan kasar terlepas lagi dari mulut Raja Ummar.

"Call Angel. Sekarang" arah Raja Ummar setelah jam di pergelangan tangannya dilihat.

"Call.. cakap apa.."

"Kau kan pandai berlakon. Macam mana kau tipu aku selama ni, macam tu juga aku nak kau tipu Angel. Call. Angel. Sekarang"


        WAJAH gadis bertudung itu dipandang dengan sengihan. Tergaru - garu kepala yang tidak gatal, sekali Eshal menjelingnya tajam.

"Kau tahu tak apa Ummar buat pada aku malam tadi?!" Hampir bertempik gadis itu jadinya. Tak jadi mahu membubuh peniti di sisi kepala, Eshal menginjak - nginjak kakinya kegeraman.

[C] Stella : The Glory of Black MariaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant