| 44 |

13.3K 923 68
                                    




TANGAN Raja Maraya menjulur keluar tingkap kereta. Angin sejuk menerpa kulit gangan membuatkan Raja Maraya terpejam mata.

Farel hanya membiarkan. Jangan ada kereta lalu dari belakang sudah. Tak kereta tu hancur, atau pemandunya yang hilang nyawa.

Jujur, ada sesuatu yang tidak kena dengan Raja Maraya. Itu yang Farel dapat simpulkan. Sejak memasuki perut kereta, wanita itu lebih banyak berdiam diri.

Raja Maraya masih mampu tersenyum walhal hatinya tidak baik - baik sahaja. Ada sesuatu yang mengganggu benak fikiran itu. Farel harus tahu. Apa penyebab disebalik bungkaman kemas itu?

"Hey, gorgeous. Tell me how much do you love yourself today?"

Raja Maraya memandang Farel yang senyum. Dia turut tersenyum lebar.

"100%" Raja Maraya berpaut lengan Farel. Kepalanya direhatkan dibahu lelaki itu dengan mata yang sedikit berkaca.

"I love you 100% too, princess" Lega sedikit hatinya mendengar itu. Tetapi, Farel masih tidak berpuas hati.

"Apa yang kau fikir sekarang? Nak share?" Soal Farel lagi.

"I don't really have things on my mind. Tapi I baru terfikir sesuatu. Dan I rasa I patut communicate dengan you"

Itu dia. Farel semakin tidak sabar mahu mendengar. Dibiarkan hening seketika sebelum mendengar sambungan kata kekasihnya.

"Janji, you tak akan annoyed dengan I?" Jari kelingkingmya ditala ke arah Farel.

"Janji, princess" mereka memaut kari terkecil masing - masing sebelum Raja Maraya menghela nafas berat.

"Tipulah kalau I tak fikir macam - macam pasal Brina dengan you. Everyone talks about her and you a lot. I ada dengar orang sekeliling kita bercakap pasal who deserve you and who's better. I dengar tapi I cuma buat tak tahu. Itu, belum masuk tentang Anis lagi."

Raja Maraya menelan liurnya ketika urat didahi Farel mula kelihatan. Tangan kekar itu kemas memaut stereng dengan wajah yang dingin.

"I fikir, I rant sampai situ ajelah. I'm okay by the way. I trust you" sambung Raja Maraya dengan senyuman kekok.

"Kalau ada seorang perempuan yang layak berdamping dengan aku dan orangnya ialah kau, Mar."

Anak matanya mencari milik Raja Maraya yang tampak geriap. Padangan Farel, jika dapat membunuh mungkin Raja Maraya sudah menemui maut.

"Tak akan ada mana - mana perempuan yang layak bertanding dengan kau. Kau tahu kan aku ni memilih" Farel melembutkan tatapannya kembali.

Kata - kata itu terulang lagi dibibir Farel. Raja Maraya tunduk, mengingat kembali saat dia dihina oleh lelaki ini dahulu.

Apa yang dia tidak sangka, ayat itu cuma dipusingkan sedikit maksudnya.

"Kau tak sepadan dengan mana - mana perempuan yang pernah datang pada aku"

Farel mengetap bibir mendengar kata - kata itu dari mulut Raja Maraya. Tangan yang masih bertaut itu segera dibawa kebibir. Dikucup lama. Tuhan, hati aku bagai dihiris halus ketika ini.

"I'm sorry, baby. It's won't happen again. I'm sorry for hurting you by that words." Dengan rendah diri, Farel meminta maaf sekali lagi. Beberapa kucupan lembut turut diberikan pada kekura tangan sang kekasih.

"Tak akan ada mana - mana perempuan yang layak bertanding dengan kau. Kau tahu kan aku ni memilih" Raja Maraya senyum sambil menutur kata - kata itu. Membuatkan Farel tersenyum tawar.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now