| 11 |

12.2K 1K 93
                                    


300 votes : update

RAJA Luqman dan Raja Hadi sudah mendekati pintu gudang besar yang terletak di belakang hotel mewah ini. Diberi isyarat kepada anak - anak buah yang lain untuk bergerak sedikit kebelakang.

Mar? Harapnya dia tahu bagaimana mahu melengahkan Tania. Inipun, Raja Luqman mencari alasan katanya mahu ke tandas. Terus sahaja kelibat Raja Hadi di belakang hotel dicari. Maklumat tentang lokasi gudang ini sudah diketahui mereka. Tanpa menunggu lama, mereka terus kesini.

"Mana Scorpion dengan Dragon?" Soal Raja Hadi pada Raja Luqman.

"On their way. Aku dah minta tolong anak buah yang lain untuk berkawal di markas bersama Jade. By now, Scorpion and Dragon should be here—"

Tidak lama, Ducati Panigale V4 merah garang dan Yahama R6 hitam kelihatan dari seberang jalan yang dihadang oleh pagar berdawai. Ah, panjang umur. Raja Ummar dan Farel Ziyan mula turun dari motor masing - masing dan mula mendekati kawasan pagar berdawai.

"Tadi aku nak ikut, kau suruh jaga markas. Haa ni apa cerita panggil kita orang datang?" Redas Farel dengan wajah tidak berpuas hati.

Apa jadi dengan Mar? Dia sudah tak senang duduk ketika kali terakhir melihat Raja Maraya dan Tania sudah selamat memasuki bilik hotel VVIP.

"Black Eagle dengar ada suara di dalam gudang. Jadi, aku panggil kau orang untuk tolong aku check gudang. Black Eagle akan tengokkan Black Maria" terang Raja Luqman.

"Aku tengokkan Mar" tawar Farel segera. Helmet nya dibuka, diletakkan di atas motor milik Jibrael yang dipinjamnya tadi. Begitu juga Raja Ummar.

"Tak payah. Aku ni hidup lagi. Kau tolong King Luq dengan Scorpion" tegah Raja Hadi.

"I'm not taking your order. I'll go anyway" jawab Farel tegas. Pagar berdawai itu ditendang beberapa kali sehingga melentuk dan rosak. Tak dihiraukan lagi tatapan tajam Raja Hadi ketika itu lalu laju sahaja kakinya berlari menuju pintu belakang hotel.

Raja Luqman hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Pergilah, Hadi. Aku dengan Ummar akan settle dekat sini" arah Raja Luqman sambil menepuk bahu sepupunya itu.

"Careful" pesan Raja Hadi sebelum dia juga turut berlari mengikuti Farel dari arah belakang. Raja Luqman dan Raja Ummar saling berpandangan, mengangkat bahu masing - masing. Biarlah masalah dia orang adik beradik. Janji, kita buat kerja kita. Ya, Ummar?

"Anyone's there?" Soal Raja Luqman sambil mengetuk pintu besar itu.

Ada teriakan dan tangisan mula terdengar. Ada yang meminta tolong. Ada juga yang menggedor pintu besi tersebut dari arah dalam.

"Okay, listen to me. Step back! And stay calm. We'll try to break the door. Okay?"

"O..okay" jawab salah seorang daripada mereka. Terdengar seperti suara seorang perempuan.

"You speak malay?" Soal Raja Luqman lagi. Tangannya lincah memasang alat letupan di bahagian hujung pintu.

"Ya. Saya boleh cakap melayu" jawab wanita itu.

"Ada berapa orang di dalam? Tell me the detail"

"Ada 15 orang. Semuanya perempuan. Ada tiga orang bukan warganegara, lima orang kanak - kanak. Dan.. ada seorang tercedera sebab kena pukul" terang wanita itu dengan suara yang menahan tangis.

"Good job, so what's your name, lady?"

"Tina. Tina Felani" jawab wanita itu. Kali ini, suaranya sudah serak. Sekuat hati dia cuba menahan tangis biar tidak pecah. Tina berasa ini merupakan tanggungjawabnya untuk menjaga yang lain memandangkan dia yang tertua.

[C] Stella : The Glory of Black MariaWhere stories live. Discover now