EIGHT

3.7K 305 2
                                    


Saejin menampalkan gambar terakhir Sehun yang berpakaian kasual di atas buku skrapnya dan terus menepuk tangannya dengan gembira. Hanya 3 jenis fesyen sahaja lagi dan semuanya lengkap.

Gambar Sehun yang diambil dari 3 hari lepas diceknya satu-persatu dengan senyuman di bibirnya. Gambar itu disentuh kemudian ditariknya dekat ke dada dan dipeluknya dengan erat. 'Kau ni dah gila bayang agaknya.' Tawanya perlahan sebelum menutup buku skrap itu dan berjalan keluar dari bilik untuk ke tingkat bawah.

"Oh. Saejin-ah! come here! Tolong auntie buat cake." Panggil Mrs. Oh yang melihat kelibat Saejin masuk ke ruang dapur.

"Cake ape? Uncle mana? Jihun oppa and Sehun?" Soalnya sekali gus membuatkan Mrs. Oh tertawa.

"Aigoo. Tanyalah satu-satu. Kek Brownie je. Uncle kamu ade meeting tengah malam nanti baru balik. Jihun tengah tidur. Sehun pulak.. erm.. kamu tahu-tahu jelah. " Saejin mengangguk mendengar jawapan Mrs. Oh. Kelab malam or berfoya-foya dengan perempuan. Ke mana lagi?.

"Ah! Sehun ade letak note kat Peti sejuk tu untuk kamu. Pergilah tengok." Kata Mrs. Oh.

Saejin berjalan ke peti sejuk dan menjumpai nota kecil berwarna biru dari Sehun. " Tulisan dia.. Tch Tch Tch. Tulisan budak 3 tahun lagi bagus agaknya. "

From: The most handsome person in the world.

Esok kat sekolah kalau ada orang nak kau jadi partner projek dance dorang kau jangan terima. Sebab abang handsome ni dah pilih kau.

"Mwoya? Handsome my foot!" Ujarnya sambil tersenyum kecil.

"Apa dia cakap?" Soal Mrs. Oh.

"Erm.. pasal projek kelab persatuan je auntie." Saejin merapati Mrs. Oh yang sedang membancuh adunan kek.

"Auntie, Erm.. sejak dari bila Sehun jadi macamtu? I mean.. clubbing and..."

Mrs. Oh mengeluh. Tangannya yang lincah membuat kek itu makin perlahan membuatkan Saejin berasa kurang selesa. "Aunty, klau aunty tak nak jawab takpa. Saejin tak paksa." Kata Saejin dengan rasa bersalah.

"Gwaenchanha Saejin-ah. Aunty boleh bagitahu." Mrs. Oh tersenyum kecil. "Jihye.. Eun Jihye. That girl.. Dia yang ubah Sehun dari seorang yang mesra dan sering tersenyum kepada Sehun yang bermasalah dan bersosial. "

"Eun..Jihye?" Soal Saejin. 'Kenapa nama tu kedengaran familiar?'

"Hurm.. Alangkah bagusnya kalau perangai dia seindah nama dia." Mrs. Oh mengeluh berat. "Dia tua 3 tahun dari Sehun. Aunty ingat lagi masa kali pertama Sehun bagitahu aunty dia ada minat seorang perempuan kat sekolah tinggi baru dia. Pada mulanya aunty memang tak kisah tapi lama-kelamaan Sehun start berubah. Dia tak duduk rumah, dah start keluar malam, balik rumah kadang-kadang pun mabuk. "

"Tapi... dia jadi lebih teruk bila Jihye tinggalkan dia. Lagi susah nak tengok muka dia duduk rumah, Muka dia tersenyum pun takda. And the great things is.. You."

"Saejin? Kenapa pula?" soal Saejin.

"Kamu tak perasan?" Mrs. Oh menyoal kembali sambil menuang bancuhan keknya ke dalam acuan untuk dimasukkan ke dlam oven. Saejin menggeleng.

"Kalau kamu perasan dia selalu ada kat rumah sekarang. Memanglah dia still keluar pergi night club tapi dah kurangkan?" Saejin mengangguk bersetuju. 'Betul ke?' Saejin tersenyum gatal.

"Omma, Saejin.. Good evening." Jihun masuk ke ruang dapur sambil meramas lembut rambut kusutnya untuk mengambil air dari peti sejuk dan berjalan ke meja di mana Saejin dan Mrs. Oh berada.

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now