TWENTY-EIGHT

3.2K 259 16
                                    

2 years later...
(United Kingdom @ UK)


Kelihatan seorang lelaki sedang menarik lugagenya keluar dari airport. Kekacakkannya membuatkan membuat gadis-gadis eropah disitu tersenyum- senyum malu melihat lelaki yang sedang sibuk meneliti kertas alamat ditangannya. Bibirnya diketap kerana kesejukkan sebelum menyimpan alamat itu ke dalam poketnya.


"Ah.. chuweo.. (sejuknya)." bisiknya perlahan sambil menggosokkan ke dua-dua belah tapak tangannya untuk menghasilkan haba.



'~ Pick up your phone, oppa!~' lagu ringtone dari handphonenya membuatkan lelaki itu dengan pantas mengeluarkan handphonenya dan dijawab bagi menghalang orang lain mendengar ringtone cute yang boleh menggugat kemanly-annya itu. Dia membuat mental note untuk menukarnya kepada lagu rock selepas ini.



"Hello. Hyung." panggilnya perlahan.



"Sehun, kau dah sampai ke? kenapa tak telefon eomma? dia dah risau ni." Suara Jihun kedengaran di cerobong telefon itu.



"Mianhae hyung. Aku lupalah." Kata Sehun.



Setelah Saejin pulang ke UK dua tahun lepas, Sehun bertekad untuk berubah menjadi lebih baik. Jihun yang dulu tidak dipanggil Hyung pun dia sudah panggil. Begitu juga dengan club yang sering dikunjunginya sudah tidak dijejakkan kakinya ke dalam tempat maksiat itu lagi.


"Patient Hyung dahlah berlambak hari ni. Nak call kau pulak. Menghabiskan duit aku je buat international call. Gosh Sehun, Hyung suka diri kau yang sekarang tapi tolonglah berhenti jadi adik sejati. Pening kepala aku." bebel Jihun.



"Mianhae hyung. Aku betul-betul lupa. Nanti aku mesej dia. Pergilah check pesakit Hyung tu." kata Sehun dengan ketawa kecilnya.



"Ok. Nanti dah sampai rumah Saejin jangan lupa peluk dia untuk hyung. Aku tunggu." pesan Jihun.


"Arasseo. Bye hyung. Tengok-tengokkan eomma tu." Sehun mematikan talian dan kembali berjalan untuk menahan teksi.


Bibir mugilnya mengukirkan senyuman yang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja setelah melihat sebuah teksi dipandu ke arahnya. Tangan kirinya dikeluarkan bagi menahan teksi itu dan menunggu ditepi sementara teksi itu berhenti dihadapannya.


Setelah teksi itu berada di hadapannya Sehun terus memasuki perut kereta. "I want to go to this place." kata Sehun dalam bahasa inggeris dan menyerahkan kertas tadi. Tak sia-sia dia menghabiskan 12 tahunnya di sekolah untuk belajar bahasa inggeris.


"Yes sir. " pemandu teksi itu menjawab dan menekan minyak untuk beredar dari kawasan airport.



Keluhan berat dilepaskan oleh Sehun dan menyandarkan belakangnya ke kerusi. Pemandangan asing diluar dilihat dengan tiada rasa keterujaan. Sebaliknya rasa terujanya lebih kepada untuk bertemu dengan Saejin yang sudah 2 tahun tidak ditemuinya.


Sedikit perasaan takut menganggunya. Bagaimana jika Saejin tidak mahu bertemunya. Adakah gadis itu sudah berubah tidak seperti dahulu lagi? Bagi kebanyakkan orang mungkin 2 tahun itu sekejap sahaja tapi baginya 2 tahun itu seperti 200 tahun. Lagi-lagi dengan keinginannya mahu berjumpa dengan Saejin.


Pernah juga dirayunya dari Mr Oh dan Mrs. Oh untuk membenarkan dia ke UK tetapi seperti yang dikatakan oleh Jihun, mereka tidak membenarkan dia selagi dia belum dapat menghabiskan sekolahnya dimana dia akur .


Ketiadaan Saejin di rumah agam Oh itu membuatkan Sehun yang ceria bertukar murung sehinggalah Jihun memberinya ceramah selama 4 hari untuk kuatkan semangatnya supaya dia dapat bersemuka dengan Saejin dengan gagah.


Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now