THIRTY-FIVE

3.5K 260 19
                                    

Saejin memeluk tubuhnya dengan bibir yang dijuihkan melihat lelaki dihadapannya tertawa seperti sudah kehilangan akal. Rasa mahu baling saja handphone ditangannya di muka lelaki itu. Selimut yang menutupi kakinya ditarik untuk menutup wajahnya menahan malu.

"So.. kau percaya apa yang parents kau cakap pastu keluar sejuk-sejuk semata-mata nak cari aku sebab kau ingat aku dah balik? Hahahaha! Lawaknya!" Sehun tertawa.

"Tak lawaklah! " Saejin merungut.

"Pabo. Kalau jadi apa-apa kat kau tadi siapa susah?" Sehun menyoal dengan sisa tawanya sambil membaringkan Saejin. membetulkan selimut yang menutupi tubuh gadis itu .

"Aku ingatkan kau dah putus asa kat aku.. " Saejin berkata perlahan.

Sehun tersenyum lalu mengusap lembut kepala Saejin. "Hey.. aku pegang pada janji aku.. aku takkan balik sampai kau jadi milik aku." ujar Sehun .

"Tapi kau tak terasa ke masa aku halau kau tu?"

"Nope.. kalau kau halau aku 10 kali pun jangan harap aku nak pergi tanpa kau."

"Tapi kenapa kau tiba-tiba keluar pagi tadi? selalunya kau ada je.."

"Entahlah.. aunty tiba-tiba suruh aku keluar ambik angin siap bagi duit lagi.. aku pun ok jelah.. takkan nak tolak rezeki kot."

Saejin mengetap bibirnya. Dia pasti Appa atau ommanya mendengar perbualan mereka malam tadi sebab itulah mereka mengenakan dirinya. Memang layak terima anugerah oscar. Puihhh. 'Maybe Sehun ni sebenarnya anak diaorang and aku anak pungut tak? uish!! Kim Saejin! kau ni fikir benda bukan-bukan!' bisik hatinya.

"Lagi satu.." Sehun bersuara lalu menjentik dahi Saejin membuatkan gadis itu mengaduh " Kalau aku tak jumpa kau tadi macam mana? at least keluar tu pakai baju tebal.. jangan terburu-buru.. nyawa kau lagi penting dari aku nak balik Korea."

"Aku just.. aku tak nak kau pergi.. lepas omma cakap kau dah balik Korea jantung aku macam dah berhenti.. masa aku cari kau tu aku janji dengan diri aku, aku akan maafkan kau.. terima kau.. sampai aku tak kisah rasa sejuk janji aku dapat kejar kau.. aku nak minta maaf sebab kata-kata kasar aku." Jelas Saejin.

"Jeez.. aku dah maafkan kaulah.. yang salahnya aku sebab tak fikir pasal perasaan kau.. aku ni selfish but Saejin.. aku selfish bila benda tu pasal kau je.. I love you Kim Saejin... so orang atau benda yang aku sayang kena jadi milik aku especially kau." Luah Sehun membuatkan wajah Saejin sudah merah seperti tomato.

"Aku.. pun.." bisik Saejin perlahan.

Sehun smirk. "Apa? tak dengar."

"Aku pun.." jawab Saejin lebih kuat.

"Tak dengarlah." Sehun mengusik.

"Hish! Aku pun suka kau! I love you! puas hati?!" Saejin menjerit sedikit dan terus menyorokkan dirinya ke dalam selimut.

Sehun tertawa lalu mengalihkan selimut itu dan menarik Saejin untuk duduk menghadapnya. Saejin menunduk malu dan tersenyum kecil apabila menyedari Sehun sedang merenung dirinya. Ditolaknya kepala Sehun kebelakang, lalu menutup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Sekali tengok dah macam tengah buat filem hindustan pula.

"Look at me.." Sehun mengarah.

"Tak nak lah! malu!" Saejin menolak.

"Kata perkataan malu tak ada dalam kamus hidup kau.. so pandang aku."

Tangan dialihkan dari wajahnya dan mendongak memandang Sehun yang sedang tersenyum sinis. Sehun merapatkan wajahnya kepada wajah Saejin dan mencium bibir gadis itu lama.

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now