NINETEEN

3.7K 305 6
                                    

Beg baju yang telah siap dipacking untuk summer vacation di Busan bersama rakan kelasnya diletakkan di tepi katilnya. Memori pagi tadi selepas semua kumpulan menghantar projek masing-masing diingati kembali. Dimana Chanyeol tiba-tiba Sahaja menjemput mereka ke Busan uuntuk bercuti selama seminggu di camp site milik datuknya. Saejin tersenyum dengan gembira, tidak sabar untuk menghabiskan masanya disitu bersama mereka.

Saejin berjalan keluar untuk turun ke dapur dan melangkah menuruni tangga sebelum matanya tertancap kepada susuk tubuh Sehun yang sedang baring diatas sofa dengan lengannya menutup wajahnya. 'Tidur?'

"Oi! " panggil Saejin.

Sehun mengalihkan tangannya dari wajahnya lalu mendongak memandang Saejin yang berada di tangga. Setelah agak lama merenung gadis itu, Sehun duduk dan mengeluh berat.

"Kau tengah shoot MV sedih ke apa?" gurau Saejin sambil berjalan ke arah Sehun.

"Aku tak ada moodlah Saejin." Kata Sehun.

"Tak ada mood? kau ni macam perempuan mengandunglah! sikit-sikit takada mood, sikit-sikit tak ada mood."

"Kalau aku mengandung pun.. maybe anak kau." Gurau Sehun sambil tersenyum kecil.

"Hahaha.. You are so funny." Saejin tertawa paksa lalu wajahnya bertukar kepada serius serta merta.

"Haha. Kau buat apa kat bawah ni?" soal Sehun.

"Aku nak masak ramyun.. nak?"

"Kau nak masakkan ke?"

"Habistu siapa lagi? jangan risau. Aku pro masak ramyun. Kau tak akan sakit perut punya! Jom pergi dapur!" ajak Saejin dan beredar ke dapur.

Setelah habis memasak, Saejin menghidangkan ramyun itu diatas meja dan duduk dikerusi dihadapan Sehun. Sehun mengambil sudu dan merasa sedikit ramyun itu sementara Saejin menantikan jawapan darinya dengan wajah yang excited.

"Mashisseo? (Sedap?)" soal Saejin.


"Kau nak jawapan ikhlas ke nak jawapan tipu dari aku?" Sehun menyoal kembali.

"Ehhh? Tak sedap ke?" Saejin mencebik sebelum merasa sedikit dan wajahnya bertukar.

"Tawar." ujar Saejin perlahan sambil menundukkan kepalanya. Terasa malu apabila gagal memasak untuk orang yang disukainya.

"Pro? Tch. Aku masak dua kali lagi sedap agaknya." Sehun memerli tetapi masih terus makan ramyun itu.

"Janganlah makan dah! pergi buat sendiri! Biar aku makan sorang!" Rajuk Saejin dan mengeluarkan tangannya untuk menarik mangkuk Sehun.

Sehun dengan pantas mengetuk tangan Saejin dengan sudu ditangannya membuatkan Saejin mengaduh kesakitan. "Aku tak cakap aku tak nak makan kan? " Sehun tersenyum kecil sebelum mula makan kembali.

Saejin merenung Sehun lalu senyuman terkuntum diwajahnya. Air mata terharu yang baru hendak keluar dari matanya dilap dengan pantas sebelum Sehun dapat melihatnya. Sehun yang perasan akan renungan Saejin itu membalasnya dan tersenyum kepada Saejin sebelum mengusap kepala gadis itu.

' This is one of the thousand reasons I like you, Sehun.' Bisik hatinya.
________

Sehun memakirkan keretanya di hadapan kawasan camp site yang di katakan oleh Chanyeol. Dia mengangguk kepastian apabila melihat kereta Kai berada tidak jauh dari situ. Sehun membuka seatbeltnya lalu memandang Saejin yang sedang nyenyak tidur dengan rambut yang menutup separuh wajahnya.

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now