THIRTY-SEVEN

3.2K 266 5
                                    


Saejin mengekori langkah Sehun yang sedang menarik dua buah lugage bersamanya. Satu miliknya dan satu lagi milik Saejin. Saejin pula hanya berlegang kangkung, bukannya dia tidak mahu menolong tetapi Sehun yang menolak katanya mahu menjadi boyfriend material.

"Oh Sehun.. Marilah aku tarik beg aku.. kita dah sampai Korea kot.. tadi kat dalam flight kau janji nak bagi aku bawak sendirikan?" Saejin berkata membuatkan langkah Sehun terhenti dan menoleh memandang si gadis.

"Tengok apa?" Saejin menyoal." Bagi sini, kau tu boyfriend aku bukannya pembantu. " kata Saejin dan mencapai bag itu tetapi Sehun dengan pantas menyorokkannya ke belakang tubuhnya.

"Oh Sehun!" Saejin memanggil dan mendongak memandang wajah Sehun yang hanya blank.

"Apa kamu berdua ni? baru sampai dah bising dah. Si Hwanhee pulak entah kemana." En. Kim menegur.

"Appa tengok anak kesayangan appa ni tak nak bagi beg orang.. Si Hwanhee tu ada je.. ke tandas agaknya. " balas Saejin masih lagi mencuba untuk mengambil bagasinya semula.

Jika tertanya di mana mereka.. ya seperti yang dinyatakan tadi di negara kelahiran mereka. Pada 3 hari lepas selepas 'pickup lines moment' itu Mr.Kim telah menyatakan dia mahu ke Korea untuk bertemu Mr. Oh dan berbincang sesuatu. Hwanhee pula telah diajak oleh Saejin dimana Sehun membantah pada mulanya tetapi disebabkan rayuan dari anak muridnya akhirnya dia mengalah

"Sudahlah tu Sehun.. kamu bagi je beg tu.. orang nak tolong dia tak nak." kata Mrs. Kim pula.

"Arasseoyo." Sehun pout lalu menyerah bagasi itu.

Saejin tersenyum kemenangan lalu menjengket dan mencium pipi Sehun membuatkan Sehun yang baru sahaja mahu merajuk membatalkan niatnya dan tersenyum kepada Saejin. Mr. Kim dan Mrs. Kim yang melihat hanya tertawa kecil dibelakang sehinggalah Hwanhee tiba.

"Pergh.. tandas tak ada orang kot.. takut aku." Hwanhee membebel.

"Patutlah ada yang ikut kau kat belakang.." usik Saejin.

"M-mana, mana?" Hwanhee menyoal dan memeluk leher Mrs.Kim.

"Di dalam tv.." Balas Saejin dan tertawa.

"Bodoh." ucap Hwanhee dan menjeling Saejin dan Sehun yang sudah tertawa.

"Wah.. adik kita ni penakut ke.. entah-entah ada yang memerhati masa kau tengah lepas hajat tadi.. kau mana tahu. Nanti dia jatuh cinta kat kau pulak.. huhu." usik Saejin lagi.

"Saejin stop!!" Rungut Hwanhee.

"Ok.. Scaredy cat." gurau Saejin dan mula berjalan.

"Sehun.. siapa ambik kita?" Saejin menyoal.

"Aku dah suruh Ji-- ah tu dia!" Sehun berkata dan menunjuk ke arah barisan kerusi dimana seorang lelaki berkemeja dengan rambut berwarna hitam sedang melambai ke arah mereka.

"Oh? Jihun oppa!!" Jerit Saejin dan terus melepaskan bagasinya untuk berlari ke dalam dakapan si Abang yang sudah tersenyum gembira melihatnya. Mata Sehun membuntang.

"Oppa!!" Saejin memanggil dan mengetatkan pelukan tetapi tidak lama apabila Sehun sudah meleraikannya dan menarik Saejin ke arahnya.

"Aku jeles so behave." Sehun berpesan membuatkan Saejin tertawa kecil dan memandang Jihun kembali.

"Oppa.. eh no.. Dr. Oh haha.. hensemnya." Puji Saejin.

"Ish kamu ni Oppa memang selalu hensem. " Kata Jihun.

"Betul,betul.. haha."

"Oh.. annyeonghaseyo Mr. Kim Mrs. Kim dan..." Jihun memandang ke arah Hwanhee.

"Oh.. Hwanhee adik Saejin." Hwanhee menjawab.

"Saejin ada adik? Oppa tak tahu pulak." Jihun menyoal.

"Adik angkat je.." Kata Saejin walaupun dia sendiri tidak pasti sejak bila Hwanhee diiktiraf sebagai adiknya.

"Oh.. kalau macamtu jomlah.. appa dengan omma dah tunggu dekat rumah." Ujar Jihun lalu mengetuai perjalanan mereka ke kereta.
________

"Saejin!!" suara Mrs. Oh bergema disekeliling rumah itu tatkala matanya menemui susuk tubuh Saejin.

"Aunty.." Saejin membalas dan memeluk wanita itu.

"Kamu sihat sayang? Oh my.. dah besar dah kamu." Kata Mrs. Oh sebelum meleraikan pelukkan.

"Sihat aunty.. Omma dengan appa ada kat pintu dengan uncle Singa eh, I mean Uncle.. haha" Saejin tertawa kekok. Terlepas cakap pula.

"Ok.. Sehun mana?"

"Kat sini." Sehun tiba-tiba mencelah dan merapati mereka berdua.

"Ceh.. pergi muka masam balik berseri-seri." Usik Mrs. Oh sebelum beredar ke pintu.

"Ish.. tak puas hatilah.." Saejin merungut tiba-tiba membuatkan dahi Sehun berkerut.

"Kenapa?"

"Mak kau makan apa ah? muda semacam je lagi.. dah 2 tahun kot." Ujar Saejin membuatkan Sehun tertawa.

"Mak aku tu vampire.. mana boleh tua.. tapi bagi aku kau lagi cantik." Sehun memuji dan terus wajah Saejin memerah.

"Ish kau ni.. ada-ada je." Ujar Saejin lalu memukul lembut bahu Sehun dengan senyuman malu-malu kucingnya.

"Bagi aku Omma aku lagi cantik." Hwanhee menyampuk tiba-tiba.

"Eh budak ni! Sibuk je." Marah Saejin dan menjelirkan lidahnya.

"Saejin pun cantik juga.. that's why aku suka kau dulu." kata Hwanhee selamba membuatkan keadaan menjadi 'krik krik' secara tiba-tiba.

"Rileks Sifu.. tu dulu sekarang Saejin all yours. Hehe.. haus pulak.. cakap nanti eh." Hwanhee cepat-cepat berkata dan terus melarikan dirinya apabila melihat Sehun sudah bersedia dengan penumbuknya.

"Wow.. that's intense haha. " Saejin tertawa kekok tatkala melihat Sehun sudah merenungnya dengan tajam.

"Janganlah tengok aku macam tu.. Kan Hwanhee cakap dulu.." Saejin mencebik dan melingkarkan tangannya pada leher Sehun. Nak memujuk Sehun memerlukan skill skinship yang bertaraf tinggi barulah lelaki ini akan terpujuk.

"One kiss and I'll forget everything." Kata Sehun dan tanpa teragak-agak terus bibir Sehun disentuh dengan bibirnya sebelum tersenyum malu.

"That's my girl." puji Sehun dan tanpa mereka sedari 4 orang dewasa yang sedang berbual dengan rancak tersenyum meleret-leret melihat adengan itu.
________

"Aku nak jumpa Baekhyun, Kai semua classmate dulu dengan sepupu aku boleh?" Saejin menyoal sebaik sahaja siap membersihkan diri dan memakai baju tidur.

Sehun yang berada diatas katil gadis itu merenung Saejin dan membuka mulut untuk berkata sesuatu tetapi tertutup semula. Wajah Saejin yang serius itu direnung lagi sambil berfikir lama. Bagaimana jika Baekhyun atau Kai merampas Saejin darinya? itu yang bermain difikirannya.

"Apahal?" Saejin menyoal.

"Hurm.. esokkan appa aku ada buat makan-makan.. nanti aku jemputlah dorang. " kata Sehun acuh tak acuh.

"Gomawo Sehun-ah.. tapi kalau benda macam aku akan tinggalkan kau sebab orang lain ada dalam kepala kau, pergi cuci otak kau dengan clorox sebab benda tu tak mungkin akan terjadi." Kata Saejin dan tersenyum sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

"Ok." Sehun menjawab dan berdiri untuk ke bilik air.

"Eh.. Hun kau nak pergi mana?" Saejin menyoal pelik.

"Minum air clorox sambil-sambil basuh otak aku.." jawab Sehun selamba dan Saejin hanya tertawa sebelum berlari ke arah Sehun dan melompat ke atas belakang Sehun dengan kakinya melingkar pada sekeliling pinggangnya.

"Pabo. " Saejin membisik membuatkan Sehun tersenyum dan memusingkan kepalanya memandang Saejin dan terus saja bibir gadis itu melekat di pipinya.
_______

TBC....

Too much sweetness.. saya hampir kena kencing manis masa type ni. Haha XD

New ff is entittled 'For you' go and check it out and of course Sehun is the hero :)

Thanks read :)

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now