THIRTEEN

3.6K 351 8
                                    

Pada keesokkan harinya Sehun ke sekolah seorang diri tanpa Saejin. Terasa janggal pula tanpa Saejin yang sentiasa membebel tentang segalanya yang melalui pandangannya. Stereng kereta digenggenggam kuat lalu mengeluh sambil mengerling ke arah tempat duduk penumpang.

"Siapa? Siapa yang cuba sentuh kau?" Sehun mengeluh sekali lagi.

Keretanya diparkir dan melangkah keluar dari kereta. Seperti semalam gadis yang bernama Hana itu datang dan memeluk tangannya sambil membebel tentang skirtnya yang terlalu panjang pada hari itu dan menyalahkan ommanya kerana salah menseterika skirtnya.

"Aku takde mood harini. So pergi cari lelaki lain." Kata Sehun dengan nada yang dingin dan berlalu pergi meninggalkan Hana beku dengan cara percakapannya tetapi senyuman sinis muncul di bibir mugilnya tak lama selepas itu.
_____

Sehun mencampakkan begnya ke atas meja lalu melabuhkan punggungnya keatas kerusi. Keluhan dilepaskan sebelum melihat Kai yang hanya mendiamkan diri tidak seperti biasa dan mata kanannya yang lebam. Kyungsoo juga tidak bersamanya seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Oit! Oit! Sehun-chan! Where is our Saejin-chan?" Sehun memandang kehadapan dan melihat Baekhyun dengan komik ditangannya dan tidak juga Sehun gagal perasan akan aura pelik yang dikeluarkan oleh Kai pada masa itu.

"Dia tak sihat. " jawab Sehun.

"Saejin-chan daijoubudesuka?( Is Saejin alright?) " Soal Baekhyun setelah meletakkan komik diatas mejanya.

"Huh?" Sehun mengerutkan dahinya tidak memahami bahasa Jepun yang dibahaskan oleh Baekhyun. 'Ish hantu anime ni!'

"Sorry. Saejin ok ke?" Soal Baekhyun sambil menggaru kepalanya.

"Hurm.. entahlah. Ok kot." jawab Sehun. Buat masa ni biar sajalah dia sahaja yang tahu keadaan Saejin.

"Saejin ada cakap apa-apa tak?" Kyungsoo mencelah sambil menjeling ke arah Kai yang hanya menundukkan kepalanya.

"Tak. Dia tak nak cakap dengan sesiapa pun walaupun omma aku tapi.. Kenapa kau tanya?"

"Tak--Tak ada apa.. Kai. Jom keluar jap. Aku nak cakap sesuatu dengan kau." Kyungsoo menarik Kai lalu berlari keluar.

"Tch Tch Tch. Bromance sepatutnya dihalang di kawasan sekolah!" Kata Chen sambil menggeleng dan gayanya tidak ubah seperti seorang datuk dengan cermin mata bulatnya dan rambut yang disengajakan dibelah tengah membuatkan semua orang tertawa.

Sehun mengerutkan dahinya dan melihat keluar tingkap. Kenapa Kai dan Kyungsoo seperti ada sesuatu yang disorokkan darinnya? Mengapa Kyungsoo menyoal seperti dia mengetahui sesuatu? Sehun mengangkat bahunya lalu memyembamkan mukanya ke atas meja kembali risau akan Saejin.
_____

"Omma!!" Sehun memekik memanggil Mrs. Oh dari luar rumah sambil membuka kasutnya dan diganti dengan selipar sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Omma?!!" Panggilnya lagi sambil melihat sekeliling tetapi tiada balasan dari wanita itu.

"Tuan muda." Mendengar suara itu, Sehun menoleh dan melihat seorang maid berdiri di belakangnya.

"Puan dah keluar dari tengah hari tadi sebab ada important meeting." jelas maid itu.

"Oh.. Saejin? Saejin dah makan?" Soal Sehun.

"Saya ada hantar makanan tadi tapi dia cakap dia tak lapar so saya bawak turun balik."

Sehun melepaskan keluhan berat sambil menggeleng. "Takpelah.. awak pergi sediakan makanan dia biar saya yang pujuk dia makan." Arah Sehun.

"Baik Tuan muda." Maid itu memberi tunduk hormat kepadanya lalu melangkah ke dapur.

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now