TWENTY-FIVE

3.2K 275 6
                                    


Pintu biliknya dibuka dan agak malang baginya wajah Sehun adalah wajah pertama yang dilihatnya tatkala lelaki itu juga membuka pintunya. Kedua mereka merenung sesama sendiri sebelum Saejin melangkah keluar dan menutup pintunya.



Tanpa mengendahkan Sehun kakinya laju saja dibawa ke tangga. Sehun pula masih berdiri disitu melihat gadis itu makim menjauh. Bibirnya diketap menahan marah yang masih belum lenyap dari semalam.



'Pin! Pin! Piiiiiinnn!!' bunyi hon kereta membuatkan Sehun dengan pantas turun kebawah hanya untuk melihat Saejin berlari keluar rumah.


"Neo pabo Kim Saejin! Kau tahu tak dah pukul berpa?" suara Mingyu menerjah gegendang telinganya.



Sehun menggenggam tangannya melihat Saejin tersenyum kepada Mingyu seperti perkara semalam langsung tidak mengganggunya. Perasaan iri hatinya melihat Saejin memujuk Mingyu dibuang jauh-jauh.



"Ah.. sorry.. aku tak boleh tidur malam tadi so aku bangun lambat. Minahaeyo, Wangjanim!" Saejin menunjukkan aegyonya.



' Sebab itu fakta yang aegyo kau tu menggelikan. Lepasni jangan tunjuk kat orang lain selain aku. Sebab aku sorang je boleh tanggung keperitan aegyo kau tu. ' Tangannya di genggam mengingati kata-kata Sehun tempoh hari.


"Saejin?! mengelamun pulak dah! Naik kereta cepat!" arah Mingyu.



"Arasseo.. Ahjussi! bising betul." kata Saejin sambil pout dan masuk ke dalam kereta mengambil tempat penumpang.



Seatbelt dipakai dan disandakan badannya sebelum memandang keluar tingkap. Matanya bertemu dengan mata Sehun yang sedang merenungnya dengan tajam di pintu rumah sebelum Mingyu memandu pergi. Senyuman kecil tergaris di bibirnya. Sekurang-kurangnya Sehun masih mahu melihatnya.



"Kau gaduh dengan dia kan?" soal Mingyu memecahkan kesunyian.



"Ye kot. " Jawab Saejin endah tidak endah.


"Ye kot? Aku tak nak jawapan stupid tu!" Ujar Mingyu.



"Oh ampunkan patik atas ketidaksopanan patik Wangjanim (Prince). Ye, saya dan Oh Sehun bergaduh. " perli Saejin sambil merollkan matanya. "Puas hati, Mingyu Wangjanim?"



"Bagus gundikku. Mari Putera berikan ciuman atas jawapan gundik itu."



"G-gundik? Haha. Siapa nak jadi gundik kau? Kau ni terpesong jauh dari apa yang Kai cakap. Sepatutnya aku ni princess kau." Tawa Saejin .




"Kau? princess? In your dream. "


Saejin mencebirkan bibirnya dan membuang pandangannya keluar tingkap sebelum melepaskan keluhan. Mingyu mengerling ke arah Saejin dan mengusap kepala gadis itu membuatkan Saejin tersenyum kecil.


"Aku nak balik UK minggu depan." luahnya perlahan.


"....What?!" Mingyu menyoal, terkejut dengan berita yang baru didengarinya.


"No need to be that shocked dork! Kau boleh bagitahu Seungcheol nanti tapi janji dengan aku yang kau takkan bagitahu orang lain. Ok? I want to leave in peace." Kata Saejin dengan senyuman kecilnya.


"Kalau kau tak ada apa gunanya aku dengan Seungcheol dekat sini? Saejin.. janganlah macam ni.." Rungut Mingyu.


"Bukannya kita tak boleh jumpah dah. Nanti kau lawatlah aku.. Lagipun seminggu lagi. Chill." Pujuk Saejin.


Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now